Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, 13 July 2011

Tema Pertunangan~

Salam dan hai...

Hari ni rasa macam nak kongsi idea saya sewaktu saya memilih tema untuk pertunangan saya. Huh... Memang payah! Walaupun bertunang tapi nak buat keputusan untuk pilih warna tema pun lama. Mak saya dah bising-bising dah. Susah nak belikan barang kalau ada yang berkenan sebab saya tak tau lagi nak tema warna apa. Hehehe...

Saya bukanlah secerewet mana. Tapi saya seperti bakal2 pengantin yang lain, mahukan kelainan pada majlis saya. Saya sukakan warna-warna yang agak terang. Juga sukakan warna yang dikombinasikan. Banyak tempat saya refer. Banyak warna yang saya suka. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Hahaha...

Selak-selak Majalah Pengantin. Surf internet. Fikir punya fikir. Ada satu warna yang menarik saya. Warna yang orang jarang-jarang buat. Bak kata Mak Andam saya, dia pertama kali tengok tema hantaran saya yang warna meriah begitu. Cantik. (Harap dia puji ikhlas la~ :-)) Kawan2 pun terkejut tengok. Semua hantaran alhamdulillah saya DIY sendiri dengan bantuan kakak2 ipar.

Nak tengok ke warna apa? Hehehe.. Jangan gelak ye..






Haaa.. inilah warna2 idea yang saya mahukan. Dua warna ni. Turquoise + Yellow. Dalam banyak2 warna, warna ni yang saya pilih. Mula2 takut jugak dengan penerimaan orang yang melihatnya nanti. Manalah tau kut2 sakit mata diorang ke kan.. Hehehe.. Tapi orang kata tak cuba tak tau. Apa yang paling penting saya puas hati dengan apa yang saya mahukan.

 Dan progressnya ini..:-


Hee...
Nanti saya kongsikan pula majlis penuh saya. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. 

2 comments:

ni@ @in said...

suke ngan tema awak..cantek n lain dari yg lain..insyaallah nk wat kaler turqouise gak..tp xtau lg nk combine ngan kaler pe..

Cik Nasha said...

nia ain,
thanks ya..
turquoise ni byk boleh combine.. try la mix n match nnt..:)