Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Saturday 16 July 2011

Dugaan Bertunang

Salam kawan2...
Saya nak bercerita sesuatu. Mungkin ini adalah pengajaran untuk kita semua. 
Biasalah, setiap orang yang menuju ke gerbang perkahwinan pasti tak akan lepas dari dugaan sewaktu bertunang.
Ada yang sampai putus tunang kalau perselisihan itu tidak ditangani dengan akal fikiran. Asyik ikut emosi ajekan.. Yang selalu beremosi perempuan.. Dah duk hari2 tiap kali gaduh mintak putus, tiap kali gaduh mintak putus.
Lelaki bila dah rasa tercabar, 'hah! kau nak putus sangat kan! Ambik ubat!' 
Jadinya, pertunangan mereka terputus di tengah jalan. 
Isk.Isk.Isk. Sangat sedih.
Saya juga tak terlepas dari dugaan bertunang. Baru sebulan kut? Sebelum ni tak ada pulak ngada2 nak tanya soalan yang tak patut dah ditanya selepas bertunang ni.
Hmm
Kepada akak tu, kalau tak suka saya sebab akak adalah kawan rapat dengan ex Cintehati, tak perlulah akak nak mengganggu-gugat hubungan harmonis kami. Kami baru sebulan lebih bertunang. Janganlah buat saya macam ni. :-( 
Kalau akak tak suka saya sekalipun, tak perlu tanya Cintehati saya macam tu ya. Ini mengganggu emosi saya. :-)
Okeylah.
Lupakan hal sedih.
Jom, saya nak share something dengan semua. Tips ni bagus. Saya dapat dari blog ini. Tapi blog ni sepertinya tak membenarkan copy n paste. Walaupun kita akan letakkan link blog dia. Tapi tak apa. Korang boleh pergi blog dia kat sini. Saya tulis sharekan yang ringkas aje ya.

1) Percaya
Percaya itu menentukan pelayaran anda. Sekiranya timbul syak wasangka, harus selidik terlebih dahulu.

2) Jujur
Kejujuran harus ada dalam perhubungan. Beritahulah pasangan anda ke mana sahaja anda pergi. Bukan sahaja jujur tu, saya rasa, lelaki akan rasa lebih dihargai. Terasa diutamakan. Kan ke itu akan jd husben kite jugak? Seharusnya kite kan kena jg maruah lelaki suami kite?

3) Berdoa
Minta pada Yang Maha Esa supaya hubungan kita berpanjangan dan kekal ke jinjang pelamin.

4) Rapat Dengan Keluarga Bakal Mertua
Pastikan ikatan pertunangan ini menjadi medan suai kenal antara kita & mertua.

5) Batas
Perbataskan langkah bersama kawan2. Jiwa manusia tak sama. Jagalah hati tunang anda. 

6) Pebincangan
Berbincanglah bersama tunang. Mengenai persediaan perkahwinan. Atau apa saja agar tiada hati yang terluka. 

7) Control
Jangan jadikan pasangan tunang anda adalah 'remote control.' Hak kebebasan masih milik dia. Jangan kawal 100%.

8) Bertanggungjawab
Bertanggungjawab atas kebajikan pasangan tunang anda. Satu hari nanti pun akan jadi suami isteri. Kan ada tanggungjawab masing2 utk membahagiakan pasangan? 

9) Romantik
Kekalkan romantik anda sama seperti waktu bercinta.

10) Positif
Pemikiran positif adalah pemikiran yang matang. Ini akan menyelamatkan hubungan anda.
Hmm... Semua nampak senang utk dilakukan. Tapi, saya tahu pasti susah untuk dipraktikkan. Kita boleh cubakan? Cuba untuk selamatkan hubungan yang kalau dah nampak macam telur di hujung tanduk.Berharap Allah swt akan kekalkan hubungan kami. Amin.

6 comments:

safurara said...

betul tu,kite ni pompuan,kalau gaduh tu jelah ayat nya,mintak putus,tak de benda lain dh.asek nk putus je kejenyaaa.yg penting sabar lah,mulut tu kena jaga kan kan =)

Cik Nasha Nadya said...

betul.. sokong 101%.. hmm.. so harap kita sama2 la dpt jg hubungan kan.. :p

ShaNizam said...

Cik nasha,

Apa jua ujian yang dihadapi, harap cekal..
Mungkin ujian kita hanya kecil jika dibandingkan dengan org lain.. Tapi kita harus tetap berusaha untuk memperbaiki mana yang kurang..

Pada sha, kita harus saling menjaga antara satu sama lain, harus setia dan jujur.. Kepercayaan, toleransi dan komunikasi juga harus ada dan paling penting jangan besarkan masalah kecil dan selesaikan masalah secepat mungkin..

Sha masih lagi belajar dari kesilapan sendiri..
Sha doakam smoga cik nasha berjaya mengharungi apa jua dugaan dengan mudah.. Amin.

Cik Nasha Nadya said...

sha,
entri ni dah lama.. sblm kenal sha lagi.. sy risau pula kalau sha terasa dgn entri ni.

perkara ni dah berlalu, dan kami pun dah bawa berbincang. akhirnya saya mengalah dan terima kenyataan bahawa tak semua orang senang dgn hubungan kita. :)

perkara ni tak menjadi kudis pn pd sy.. org yang berkenaan itu totally dah berubah dan baik dgn sy. mungkin tunang ada ckp sesuatu yang sy tak tau. sy x ambil peduli pn. :)

thnks ya dgn nasihat yg diberi. sy sgt hargai. sy pun doakan sha temui org yg akan menghargai sha leboh dr yg lepas. :)

ShaNizam said...

Cik Nasha,

Ya Allah dear, sorry if i offended u in any ways.. Sha memang tak kecil hati pun.. Semua orang akan atau sedang melalui dugaan dalam hidup mereka.. Samada boleh diselesaikan ataupun tidak..

Sha, happy utk cik Nasha sebab dapat atasi dugaan tue..
Komen sha, bukan sebab terasa hati atau ape.. Cuma untuk turut beri sokongan buat cik Nasha..

Juga selalu doakan kebahagiaan menjadi hak milik cik Nasha sentiasa.. amin.

Cik Nasha Nadya said...

hihihih.. :D
thanks keh sha...
amin..
saya pn doakan semoga sha bertemu dan org tu dpt membahagiakan sha.. setiap org berhak merasai kebahagiaan.. :)