Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Tuesday 12 July 2011

Seimbas lalu...

Hihhihii...


Ada apa dengan tarikh tu ya? Itulah tarikh saya ditunangkan dengan My Cintehati. Mohd. Shahfiza b. Che Soh. Sayang kamu bangat! Setelah setahun berkawan, saya diberitahu tentang rombongan merisik yang akan datang. Tapi... Alamak. Saya lupalah berapa haribulan ya? Hahaha... Boleh pulak lupakan! Tapi yang penting awal bulan Mei. :-)

Perkenalan yang berlangsung memang sangat smooth. Waktu tu saya memang tengah frustrated. Memang dah rasa takkan bercinta lagi. Takkan ada sapa2 dalam hidup lagi. Tapi dah kuasa Allah swt. saya dipertemukan dengan Cintehati bila saya berpindah tapak kedai kat Uptown Shah Alam. Kedai saya betul-betul belakang kedai dia. Dulu pakai khemah aje. So, memang nampak muka la. Hehehe...

Tapi mula2 kawan bukan suka pun kat dia. Kadang2 menyampah. Sebab apa? Sebab dia suka loyar buruk yang sampai tahap menyakitkan hati. Lepas tu, mamat ni kalau kita tak kenal, orang kata muka macam bagus. Bajet hensem! Dah kawin. Hahaha.. Saya aje yang kata dia dah kawin. Sebab apa? Sebab dia adalah si muncit~

Tapi bila satu dinding pemisah dah dipasang, (waktu ni sume peniaga disuruh menjaring kedai dan pakai roller shutter.) baru saya rasa sunyinya saya tanpa dia. Tidur malam saya entah kenapa wajah dia selalu sgt masuk dlm mimpi saya sampai satu tahap saya takut untuk tidur. Memang terlalu kerap.

Saya kenal dia sebagai kekasih orang. (Tak rasa apa2 waktu tu.) Susah nak tau status dia waktu mula2 kenal. Tapi satu hari dia yang bercerita. Mula dari hari itu, saya jadi pendengar setia dia. Waktu itu hubungan dia memang seperti telur di hujung tanduk. Kekasih ada seperti tiada. Jadi pada saya tempat curahan hatinya. Saya nasihat elok2. Tak terniat untuk mengapi2kan dia. 

Tapi satu hari 'dewi cinta' ini 'jatuh cinta' dengan 'klien'nya. Hahaha.. Semua berlaku secara spontan. Entah apa yang meniup sesuatu dalam hati saya. Tau-tau aje kami dah bercinta. Hmm.. Manis betul waktu tu. Tiada persoalan siapa merampas siapa sebab kekasih lama tu sendiri yang mengundur diri kerana percintaan mereka dihalang keluarga sebab berlainan agama. 

Bercintalah kami selama setahun. Selepas setahun Cintehati bagitau rombongan nak datang cuti sekolah yang terdekat ni. Oh, no! Cuti sekolah paling dekat pun hujung bulan Mei dan awal bulan Jun. 2 minggu. Padahal waktu tu bulan April. Lalala~ Kontrol ayu aje walaupun waktu tu rasa nak terjun kolam ikan kat depan mata ni ha. :-) 

Alhamdulillah. Waktu tu saya bersyukur sangat2. Tak sangka selepas setahun Cintehati bagitau hasratnya. Saya tak pernah desak dia. Saya tahu dia serik dengan perhubungan yang lalu. Jadi saya bagi dia masa untuk pulihkan kembali kepercayaan dia. Saya cintakan dia bukan kerana harta, bukan kerana rupa, tetapi ikhlas jauh di lubuk hati saya. Setiap insan tidak sempurna, maka Allah menciptakan pasangannya supaya saling melengkapi. 

Dengan dia saya rasa bahagia. Dengan dia saya tau erti sayang tu macam mana. Dengan dia saya faham apa itu pengorbanan. Dengan dia saya jadi seorang yang bersyukur dengan apa adanya. 

Alhamdulillah. Syukur yang teramat sangat. :-)

No comments: