Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Thursday 22 December 2011

Pak! Pak! Kepung2!

Hai, Assalamualaikum semua...
Macam mana hari ni? Ok tak?
Hmmm.. Ekceli hari ni tak ada nak update sangat. 
Tapi bila borak2 dengan kawan, dialog diorang ini :

"Untungnyer ko!!!"

Hahaha.. Apa yang untung?
Tak ada apa sangatlah.
Mengada lebey aje kawan2 saya yang nakal tu! ;)

Bukan apa. 
Saya cuma beruntung dari segi :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Op! Op! Tak nampak ni!

Haaa.. Tu yang main alat muzik Jidol
Abang kedua saya adalah KETUA KOMPANG di taman saya.
KOMPANG CAHAYA SRI MURNI.
Dah merata mereka pergi. 

Paling best mereka diberi peluang untuk bermain kompang di 
MAJLIS PERKAHWINAN SM NASARUDIN & MARION COUNTER. 
Bangga?
Of course! 

Walaupun mereka tak terkenal, tapi bagi saya, diorang ok jugak.
Dan saya memang bertuah dan untung ada abang yang terlibat dalam persatuan kompang ni. 
Bila mana saya tak perlu memikirkan mana saya mahu booking kompang.
Dan ia ditaja sepenuhnya oleh abang saya.
Thank you abang!

Nak berurusan dengan abang saya?
Email me :

nashaz_6285@yahoo.com

Wednesday 21 December 2011

Cantik Tak??

Hai, assalamualaikum semua...
Nak tunjuk sesuatu kat korang...
Tak taulah kat mata korang cantik ke tak??
Tapi bagi saya, saya berkenan giler design ni untuk Malam Berinai saya.

Malam Berinai my mom request saya pakai songket.
Tapi gambar ni bukanlah songket pun.
Tapi inilah design yang saya mahukan.
Ok. Memang setiap anak dia yang kahwin, malam berinai dia nak anak2 dia pakai songket.
Why not kita turuti permintaan orang tua kitakan??
Malam Berinai adalah malam full tradisional saya.

My mom mahukan Sanggul Lintang.
Gasak! pakai aje.
Benda fun kan? Bukan menyusahkan pun. :D
Ok, nak tunjuk gambar ni. Tapi.............
Kalau sesiapa tahu website siapa ni bagitau yekkkk!!
Saya mmg sungguh LUPA dari mana saya ambik. 
Rasa bersalah nak letak gambar ni.
Kalau tak saya nak letak link dia. 
Tapi lupalahhhhh...

So, ini gambarnya.
Memang heart gila design2 kembang2 camni.
Kalau tau dari mana nanti, saya letak link. 
Kalau ada yang tau tolong bagitau yek! ;p

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Cantik tak????
^_^v

Monday 19 December 2011

Teringin Nak Pakai...

Hai, assalamualaikum..
Sihat ke semua??
Hehehe..
Semalam borak2 dengan abang saya...
Saya tanya dia butik andaman yang kawan dia..
Sekali dia kasi baca mesej tentang pakej..
Alahaii...
Murah!!
Harus saya buat appointment & discuss dengan akak tu. :)
Kenalah cari yang murah tapi nampak sweet. 
Saya ni pengantin budget.. Uwaaa..
Takpelah.. sbb saya memang nak tema sweet & simple.hiksss.. >..<

Masa dolu2..
Masa zaman hingusan dulu.
Saya ada impian.
Impian apa? 
Nak tau ke??
Hmmm..
Saya pun tak tau kenapa saya ada impian ni. 
Impian saya nak pakai gaun untuk sesi potong kek!
Tapaper ntah impiankan??
Hahaha...
Tapi itulah impian saya.

Tengok dalam pakej kat mesej abang saya
Ada satu pakej siap gaun n kot utk pengantin.
Giler teruja time tuhh! 

Tapi semuanya masih dalam perancangan. 
Kalau terlaksana impian saya, alhamdulillah.
Kalau tak, saya tak kisah. 
Saya tau mana duduk diri saya.
Walaupun pakej yang ada gaun tu masih dalam bajet.
Tapi saya sanggup berkorban kalau duit tu nak ke arah lain yang lebih penting. 
Hehehe.. :D it's not a big deal lah! ;p

Jom cuci mata gaun muslimah jom! 



http://d-ratu-bridal.fotopages.com/

Cantekkkk
Menawan kalbu!
Kalau terseksi macam ni....
Boleh je cover dengan  ni! Love2!

Hmmm..
Agak2.. Gaun macam mana yang sesuai untuk saya yang 'rendang' ni yerk!
Hihi.. Takmaulah ada yang kutuk saya kalau nampak macam alas meja berjalan. 
Lalala~

Saturday 17 December 2011

Nak Isi Apa Yekkk???

Hai, assalamualaikum semua!!
Hari ni bersemangat nak update entri pasal doorgift.
Aceeehhh.. Majlisnya lambat lagi dah sibuk pk pasal doorgift.
Ishx3!!!

Hmmm... 
Semalam saya terfikir2, sambil tu duk borak2 dgn BFF yang dah selamat pun kahwin. 
Dah peknen pun. Tak sabar nak macam dia!
Ingat tak saya ada citer pasal doorgift jar tu?


Sekarang ni tengah pk apa saya nak letak dalam tu???
Saya dah senaraikan ni. 
Mintak bantuan b2b yang cantiks dan comels votelah mana satu yang best??
Mana tahu idea korang2 semua lagi meletops dari saya ni. 
Okey, saya senaraikan ya....

(1)
 
Marshmallow



(2)

 Kacang

(3)

Kerepek/Keropok

(4)

Coklat
(5)

Nips

(6)

Jelly

(7)

M&M


(9)

Pumpkin Cake


(10)

Choc Fudge Cupcake


Cukuplah sepuluh dulu.
Kalau nak diikutkan banyaaaaakkk.
Kalau taip kat google image 'cupcake in a jar'
tudiaaaaaa..
Bersepah.. Hehehe..

Dalam banyak2 jar kat atas ni.
Yang sebijik sebijon saya punya yang isinya
Marshmallow.

Hmmm...
Agak2 apa yang menarik hati saya untuk isi di dalamnya ya???
Hehehe..

Selamat menjamu matalah!
kalau sudi tinggalkanlah komen & vote yang mana satu.. :)

Friday 16 December 2011

Design Baju Nikah.

Hai, assalamualaikum..
Kawan2 b2b semua...
Seperti yang dijanjikan.
Hari ni nak letak gambar design yang saya dah berkenan sangat.
Nak2 pulak tailor saya kata dia bolh buatkan design tu.
Tapi harap sangat sama dan cantik macam dalam gambar.
Saya dah cek website dia.
Tapi baju yang saya nak tu tak ada pulak dalam website tu.
Musykil nih.
Hihhihi..
Tak apalah. Saya dah snap pic pun.
Nak tengok takkk?? 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



ehem2...
Saya berkenan yang belah kiri tu. 
Saya ni kecil molek dan agak 'rendang'
Jadi kata sumber2 yang boleh dipercayai
baju yang meleret atau kebaya yang bawah dari lutut akan nampak saya lebih rendah.
Yang kanan tu cantik juga. Ala2 jubahkan?
Tapi masalahnya saya dah terbeli kain satin yang bercerai 4 meter, jadi 2 meter-2 meter.
Macam mana nak buat dress macam yang belah kanan tu kan?
Nak beli satin tu, puas dah cari kaler tu.
Kalau tengok dgn mata kasar, satin saya nampak jelas macam kaler putih.
Tapi bukan putih.
Kalau tengok betul2
Dia berbalam-balam biru yang segan2 aje. Hahaha
Bila matchkan dengan lace saya kaler grey, nampak cantik pulak!
(Angkat bakul sendiri ya!)
Apa kata b2b sekalian? 
Okey tak?
Tapi yang jelas taklah seketat model tuh..
uiiii.. Terbeliak mata Tok Kadi saya nanti.
Ahaks!

Thursday 15 December 2011

Arab2 Gituw... ~

Hai, assalamualaikum semua.. :)
Sihat ke?
Lama tak update rasanya. 
Asyik duk jalan komen blog b2b yang lain.
Takut pulak diorang rasa sibuk je minah nasha ni duk komen blog orang tapi dia tak update apa2 pun.
Hihihi...
Maaf ya.. Saya memang suka komen.

Kali ni teringat nak cerita pasal nikah. 
Hmm.. Kain nikah duk lagi dalam paper beg. 
Tapi dah letak siap2 kat tepi katil.
Selagi terperuk dalam almari, memang buat selamba aje.
Boleh pulak nanti terlupa nak tempah baju nikah. 

Design baju nikah dah ada. 
Tapi amik dalam majalah.
So, camana pulak saya nak tempek kat sini kan?
Nantilah kut saya kelebek2 lagi kalau ada tinggalkan url blog ke. 
Ala... dalam majalah Pesona Pengantin. 
Gambar muka depan si Kak Fauziah Gous tu haa.. 
Kalau tak ada saya try snap pic tu.

Tapi ada sikit nak kongsi dengan semua. 
Saya kalau boleh nak pakai ala2 purdah tu. 
Memang teringinlah nak pakai. 
Macam gimik ajekan.
Harap2 menjadilah nak buat macam tu.



Dua gambar kat atas ni ambik kat 


Lepas tu, bila saya jalan2 tengok contoh2 tudung nikah,
terjumpa blog si manis ni.
Dia bagi tips yang membuatkan saya tak boleh pandang ringan kalau dah nekad pilih gaya nikah ala2 arab.
Nak tau apa tipsnya :

Sampai sini ajelah.
Nanti update lagi.. Hehehe..
Bye..
 

Saturday 10 December 2011

Tema Saya~

Hai, assalamualaikum..
Tema yang dah lama tertanam dalam kepala ni mungkin adalah keputusan muktamad. 
Hehehehe..
Harapnya tak bertukar dah. 
Sebab saya ni suka tukar2 kaler. 
Kali ni mintak-mintak taklah. 
Kalau kata bertukar kaler
Saya akan tukar gambar kat side kanan ni. 
So that kawan2 tau dah kaler saya berubah,
Hahaha...
Macam ada aje yang peduli pun! 
So, inilah final decision..
Ngeee...

Nikah
Malam Berinai

Bersanding
 Huiii...
Kaler kemain lagi..
Ekceli yang untuk bersanding ni nak kaler
Peach + Pink. 
Tapi takde yang real punya.
Susah nooo nak carik nyah!~
Motif kaler2 ni?
Sebab  kat taman perumahan saya tak ada yang pakai kaler ni.
Itulah motif saya.
Orang di luar sana dah ramai pakai tak apa.
Tapi dalam taman haruslah saya nak jadi ratu dan alangkah bagusnya kalau kaler2 saya ni dijadikan inspirasi. 
hihhihi >..<
Saya suka pembaharuan. Jadi anak2 dia orang janganlah asyik sangat kaler yang sama.
Mesti boring kan? 
Orang kata apa, keluar dari kepompong.

 Yup! 
Untung resepsi memang saya nak pastel color. 
lembut dan menenangkan.

Jumpa lagi! 

Friday 9 December 2011

Doorgift ~

My mom gigih pegang balang

Hai, assalamualaikum
Hari Isnin yang lepas saya, mak saya & kakak ipar saya berjalan2 kat Klang.
Hajat hati nak survey2 aje dulu. 
Saya pun tak bawak cash banyak. 
Dari satu kedai ke satu kedai.
Saya memang berhajat nak cari balang kaca macam dalam gambar tu. 

Niat saya nak sweet n simple aje untuk majlis bersejarah saya. 
Tak ada beg2, tak ada bungkus2.
Just balang kaca ni then nanti saya nak fikir apa yang menarik nak isi dalamnya.
Yang penting boleh dimakan. 
Kiranya tetamu saya nanti dapat 2 in 1.
Doorgift ni akan disusun dengan cantik kat satu meja. 
Parents saya mesti stick kat situ sebab bila orang balik mesti cari my parents kan?
So, insya-Allah tak terlepas pandang sesiapa yang tak dapat.
Saya tak nak lagi macam kenduri2 abang2 saya.
Ada rasanya yang x dapat doorgift then terpaksa tebal muka minta kat saya. 
Alahaiii. Sian sangat. 
Waktu tu pembantu2 saya mungkin ada yang terlepas pandang sebab mereka pergi ke setiap orang yang tengah makan, then letak atas meja tu.

So, kali ni saya nak senangkan semua dayang2 saya. 
Orang salam - bagi seketul - masuk beg - balik
senang kan??
Tak payah pening2 pk nak letak apa lagi untuk penuhkan beg gudie tu. 
Sekarang ni rata2 macam tu. 
untuk kanak2 adalah bahagian mereka nanti.
mungkin swirl lollipop or marshmallow.
:)

Balang ni saya oder 1000 pcs.
Rasa tak cukup.
Nanti beli lagi.
Hehehe.

Itu aje cerita saya hari ni. 
Bye..

Wednesday 7 December 2011

Wordless Wednesday (1)


Lama dah...
Baru jumpa.. 
Lukisan jujur dari hati..
Hahaha..
Bughokk!!

Teringin Nak Buat...

 Hai, assalamualaikum...
Hmmm... Hujung minggu hari tu keluar dengan Cintehati. 
Jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi, Klang.
Hajat hati nak ke Daiso. 
Sebab nak tengok kotak2 yang comel nak buat untuk hantaran.
Tapi.. nampak macam dah banyak yang comel2 dah habis..
Saya yang nak shopping, Cintehati yang membeli-belah kat situ.
Siap beli bekas untuk ikan laga dia. Haila... tunang saya ni! 
Orang sibuk dengan wedding preps boleh lagi dia sibuk dengan anak2 angkat dia. :)
Setakat ni dia ada :
2 ekor ikan laga
1 ekor kelisa
1 ekor sugar glider

Haiiiyaaa.. Nasib baik dia dapat tunang yang suka juga dengan binatang. Kalau yang tak suka, mesti boleh bermasam muka. :) Eh.. Dah2. Membebel pulakkkk..

Lepas dapat apa yang nak kat Daiso, saya ajak ke Popular. (Kalau dah nama penulis ni mmg tak sah kalau tak masuk)~
Bila masuk saya pejam mata tak pergi bahagian novel pun, terus saya ke belakang cari crepe paper. 
Sebab apa?
Sebab saya teringinnnnnn nak buat Bunga Tisu.
Tapi, tapi, tapi...
Saya tak tau langsung.
Saya dah tengok mereka yang DIY & blog2 yang jual bunga tisu untuk dijadikan bunga telur. 
Huiii.. Lawa pulakk..
Geram!
Saya nak letak bunga tisu kat hantaran. Mula2 ingat nak pakai fresh flower, tapi fikir2 balik, saya takut ambik risiko. Saya tak pandai kerja last minit. Nak2 kalau pakai fresh flower, malam or pagi2 hari kejadian tu baru boleh buat, baru nampak cantik. Hmmm... 

Sapa sudi ajar saya buat bunga tisu??? 
:(


Hiasan Hantaran? Okey kan

Bunga Telur. Menangis tengok okey~
Ni untuk flower girl yang comel2 tu pun cantik.
Ala..nak la untuk HB.
nanges lagi sekali~
Semua ni saya dapat di Seni Qanasuri.
Korang semua pun boleh ke sini. 
Macam2 ada! :p

Kesimpulannya kat sini, saya nak sangat belajar buat bunga tisu.
Saya rasa saya aje kut B2B yang takde bakat DIY.
Sedih.
Nanges jap!

Monday 5 December 2011

Review : Hantaran Tunang..

Hai, assalamualaikum semua..

Hmm.. Hari ni semak2 balik blog..
Baru perasaan yang hantaran2 yang saya DIY sendiri tak letak dalam ni.. uhuuhu..

Ok, b2b semua yang comel2 bolehlah tengok hantaran yang hampir kesemuanya saya DIY sendiri.
Nak kata tangan saya ni berseni macam Intan Norazam tu memang bagai langit dengan bumi la..
Memang saya sangat 'menabik spring' kat dia. Jeles sangat pun ada. Tapi bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Kalau dah tau tangan tu adalah sangat 'krastangan' bukan 'kraftangan' jangan mimpi la..hahahah...

Memang mencabar bila saya dah decide nak kaler turquoise + kuning. Perbelanjaan tak payah ceritalah. Sebab apa yang nak dibeli untuk hiasan harus 2 kaler tu. Yeehaa.. Meriah! 

Semua macam takut bila dah decide kaler tu. Tapi saya percaya naluri hati.. (ecehh.) Saya rasa kaler tu cantik riang ria warna-warni. Hehehe...

So, sapa2 yang nak tema combination macam saya, dan nak tgk contoh, inilah dia. Haruslah dikongsi bersama. 

>
>
>
<
<
<

Songkok & Sejadah + Tasbih.

Sirih Junjung

Buah-buahan

Eh, terselit pulak. Ehehe..

Bunga Rampai. Gigih saya tampal labuci tu tau~

Kain + Samping Nikah

Kasut + Stokin

Coklat

Kek

Coklat

Sirih Junjung ( View dr atas)

Tart (Last minit nak cukupkan ganjil)
Hehehee..
Sesekali uji mata awak2 semua tak apakan. Terang dan meriah warnanya. Hehehe.. 
So, inilah hasil kerja yang tak seberapa. 
Walaupun x secantik yang ditempah kat butik2 tu, tapi saya sangat hargai usaha2 saya dan kakak ipar dan jugak mak saya. Huhuhu..

Tema : Dibakulku Ada Bulu.. Hahaha.. Okey x??

Saturday 3 December 2011

Nak Mula Dah...


Hai, assalamualaikum semua...

Hmm... Percaya tak saya tak tau mana nak mula? Saya tak tau nak berkongsi bagaimana. 
Tapi Sepatutnya bakal pengantin seperti saya sekarang ni adalah hari-hari yang menyibukkan.
Sebab apa?
Sebab saya bakal menamatkan zaman bujang dalam bulan Jun tahun depan. Ada berapa bulan ya nak sampai bulan Jun?? Ya! 6 bulan. 
Hahaha...
Kalau awan saya tanya apa persiapan? 
Saya jawab 'zero.' 
Semua macam nak telan saya? Kata mereka :
"Ko tau tak waktu2 macam ni aku dah stress dah, macam orang gila meroyan dah! Apa yang kau buat boleh rileks lagi ni? Kawen paksa ke?"

Hahahaha.. Gelak sakan! 
Bila dah ramai yang berbunyi macam tu, barulah terhegeh2 nak takutlah, nervouslah, sesak nafaslah, tak tidur malamlah. Huuuu..
Dan...
Sekarang saya harap saya boleh mula dengan baik. Cuma saya tak tau mana saya harus mula dulu???
Hmmm..
saya banyak buat catatan. Banyak surf n google gambar2 yang saya mahukan. Dah siap2 folder untuk rujukan. 
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami untuk membina masijd ni. :-)