Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Wednesday 27 June 2012

HIV Test!

Hai b2b's sekalian..
Seperti yang dijanjikan saya nak cerita kisah menarik sewaktu saya buat HIV test ni..
Ngeee..~
ENTRI NI PANJANG YA. SAJA NAK CERITA DETAILS.

Sehari sebelum test, saya tak dapat nak lelapkan mata.
Entah kenapa saya ni penakut yang amat. 
Selagi tak selesai HIV test ni selagi tu la saya ni tak tenteram dan tak ada mood manjang. 
Nak search pasal wedding outfits ke, hantaran ke, doorgift ke, mesti tak ada mood. 
Waahh.. Hebat betul penangan HIV Test ni bagi saya.
Tapi apa nak hairan, dah saya ni memang penakut dengan perkara yang berkaitan dengan hospital/klinik. 

Appointment pukul 2.30 petang
tapi rasanya sebelum pukul 2.00 kami dah tunggu kat sana.
Duduklah dalam kereta, berbual2, bergurau senda sementara nak tunggu pukul 2.30.
Waktu ni saya dah minum air mineral macam orang gila.
Kalau nak tau saya susah nak minum air masak.
Sebabkan saya dah tau kat sini nanti saya kena buat urine test, jadi minumlah banyak2 supaya kencing saya putih suci aje. wawawaaaa...

Tepat 2.30pm kami terus menuju ke dalam klinik.
Disebabkan saya ni rajin membaca blog dan search macam2, saya terus cari tangga nak naik ke tingkat 1. 
Tapi Cintehati kata suruh saya tanya kat kaunter
Ish! Orang dah tau steplah! :-/
Tapi ikutkan ajelah.
Tanya pun nurse tu cakap benda yang sama, naik tingkat 1.

Sampai kat atas, memang dah ada kaunter untuk daftar HIV test,
Nurse tu tunjuk buku suruh cek nama yang kita dah buat appointment by phone hari tu.
Ada, terus tick.
Kemudian dia bagi borang.
Ayoo.. Banyak borangnyaaa! Lenguh tangan nak tulis.
Sorielah ya, takde gambar borang.
Tapi yang pasti borang untuk perempuan banyak dari lelaki.
Ada borang untuk HIV Test, borang saringan pra-kehamilan, satu lagi borang survey pasal kesihatan serta sejarah kesihatan keluarga. Huhu..

Setel isi borang terus turun bawah ambik nombor.
Sekejap aje dah kena panggil sebab masa saya buat tu tak ramai orang kat klinik pun.
Bila proses HIV test dah berjalan, saya hal saya, cintehati hal cintehati.
Dulu saya ingt sama2 kena cucuk, sama2 masuk bilik, sama2 dapat result.
Rupanya tak pun. Hihi. (Gatai~)

Proses perempuan banyak kerenah. Lelaki kejap aje.
Lepas panggil no, daftar bayar RM1.
Kemudian diarahkan terus ke kaunter A untuk timbang berat dan ukur tinggi. Cek tekanan darah sekali.
Kat sini dah kelakar dah.
Nurse tu tanya agak2 berat dan tinggi berapa.
Saya pun jawablah dengan jujur.
Dah tau dah nurse tu memang malas la tu nak ukur tinggi & ambik berat. Hihhi..
Kemudian dia cek tekanan darah saya.
Jantung saya dah dup dap dup dap.
Maklumlah, penakut~
Terjadilah perbualan ni.

Nurse : Kuat betul jantung awak ni.
Saya : Hah? Yeke.. (rasa macam cuba control jantung td)
Nurse : Kuat debor awak ni. Debor pengantin ke? Bila nak kahwin?
Saya : Bulan 9.
Nurse : Awak takut ke?
Saya : Takut jugak. Sebab jarang masuk hospital.
Nurse : (Tersenyum sambil tulis sesuatu dalam borang). Nah, ambik borang ni letak kat kaunter 13.
Saya : Tak ada apa2 kan? (muka cuak)
Nurse : Tak adalah... (nada gurau)
*Tak sangka saya jumpa cik2 nurse yang ramah dan baik2. Selalu saya dgr cerita nurse semua garang dan muka ketat. hihi..*

Kaunter 13 sebelah kaunter A aje. So duduklah tunggu nombor dipanggil. Cintehati saya dah selamat kena cucuk kat jari.Tinggal tunggu result kemudian cek berat & tinggi, dah boleh balik. ~,~
Tak lama lepas tu nombor dipanggil.
Kali ni nurse lelaki pulak. Soft betul cara dia bagi arahan kat saya. Dia nak ambik darah kat lengan.
Saya dah tak terkejut dah sebab saya dah taukan.. Kena ambik talasemia sekali. Hehe..
Bagi aje lengan dia letak sikit kapas sejuk2.. Lepas tu amik darah saya.
Mula2 darah tak keluar walaupun dia dah tarik picagari tu.
Lepas tu saya tengok memancut darah saya keluar. Kaler nak warna hitam dah. Pekat gila.
Teringin nak tanya nurse tu macam mana nak tau kita ni darah type apa?
Huhu.. Tapi malulerr..
Rasanya saya darah 'O'
Ini gambar lepas amik darah.

Ada nampak kesan merah lepas kena cucuk tak? Hihihi..

Setel part amik darah kena bawak pulak darah yang satu botol kecik tu ke makmal.
Bagi kat nurse tu then tunggu kejap.
Nama dipanggil, dia bagi botol kecik suruh kencing then letak kat tingkap.
Setel kencing saya tunggu lagi.
Nama kena panggil tapi termalu kejap sebab ada dua nama sama. Bukan saya! Weee~
Lepas tu dia panggil ambik result bawak pergi ke bilik pemeriksaan 7.
Saya ingat dia nak cek body.
Alah!! Tak selesa laaa...
Dah la masa masuk tu, doktor dengan pembantu dia lelaki. Saya tunggu la kejap kat sebelah pembantu lelaki tu sementara tunggu ada aci ni cek. demam kut.
Pembantu tu sengih2. Rasa nak tanya aje apa hal??
Tapi bila tengok dia tengok saya sambil senyum2, tengok result lepas tu geleng2 kepala. Saya nekad tanya.

Saya : Kenapa?? Ada apa2 yang tak kena ke?
Pembantu : Haihh.. susah nak cakap. (Geleng kepala)
Saya : Bagitau la kenapa??
Pembantu : Awak tak boleh kawin.

Dang!! Saya dah cuak. Saya memang cepat cuak dan menggelabah. Mulalah muka saya berubah. Saya rasa pembantu tu memang boleh baca air muka saya. Hahaha..
Lepas tu doc panggil saya.
Doc tu rileks sajaaa..
Hensem tapi macam mamak2 sikit.
Hihi..

Doc : So bila kahwin?
Saya : Bulan 9.
Doc : (angguk2) Awak tak ada apa2 masalah.
Saya : Yeay. Boleh kahwin. (Sengih)
Doc : Yes.. Boleh kahwin. Talasemia tak ada, Hiv tak ada.

Saya sangat suka. Saya pandang pembantu tadi. Dia gelak2 aje. Cisss!
Saya tarik nafas lega.
 Saya tinjau2 apa yang doc tu tulis. Dia macam faham apa niat saya so dia pun terangkan la apa makna2 tulisan tu.

Doc : I hairanlah. Siapa cakap kalau ada Talasemia tak boleh kawin??
Saya : Saya pun baca aje doc.
Doc : Salah tau. Penghidap talasemia boleh kahwin. Nothing's wrong with that.
Saya : Tapi kalau dua2 carier, tak boleh kan doc?
Doc : Boleh! You boleh kahwin. But we akan suggest not to have children. Tapi kita tak larang mereka kahwin. Tak ada masalah pun untuk kahwin. Kalau I ada HIV sekalipun, I boleh kahwin kalau I nak. Cuma, bergantung pada pasangan kita sanggup atau tak nak kahwin dengan kita.
Saya : (Angguk ajelah).
Doc : Dengar sini, kalau ada siapa2 kata talasemia tak boleh kahwin, you cakap dengan I, I akan kahwin dengan you, okay!

Saya dengan pembantu tadi terus gelak. Alahai doctor.. Awak tu hensem tau.. Nasib saya tak cair. Hahahaha..
*Mula2 saya ingat dia india, rupanya melayu.*
Keluar dengan sengih yang panjang dan hati yang tenang.

Selesai satu perkara!
Ok, bye. Jumpa next entry pulak.. :)

Friday 22 June 2012

Appointment : HIV.

 
Hai b2b's sekalian..
hehehe..
Baru nak update blog ni. Jadi saya mulakan update pertama selepas menyepi sekian lama dengan menceritakan pengalaman buat appointment untuk HIV Test.

Phewww..
Tak semudah dijangka sebenarnya ya kawan2..
Saya called hampir semua klinik yang berhampiran sekitar Klang. 
Sebab saya nak tau yang paling terbaik untuk buat appointment. 
Lagipun, masa saya nak buat appointment saya tanya Cintehati saya dulu.
Dia kata nak mintak buat 4 June 2012. 
Senang untuk dia apply cuti sebab tempat kerja dia kena seminggu notis untuk cuti.
huhuhuhu..

So saya ikutkan ajelah. Sebab saya tak ada masalah tentang cuti memandangkan penulis novel sepenuh masa macam saya hanya bekerja di rumah.
Dah tahu hari apa nak cuti saya pun pagi-pagi dah called klinik. 
Maklumlah, pagi2 cik-cik nurse mesti semua sedang bersemangat nak teruskan kerja.
Hehehe..

Mula2 saya called klinik Bandar Botanic, Klang. 
Lelaki yang angkat. Jadi saya tanya nak buat appointment untuk Hiv Test. 
Dia kata tak payah appointment cik. Datang aje ke sini dari hari Isnin sampai Khamis. Jumaat kami tak buat. 
Saya kata okey. Kemudian letak telefon. 
Called balik Cintehati. 
Dia kata lebih baik jangan ambik yang tak ada appointment. 
Belum tentu selamat kedudukan yang tak buat appointment ni. 
Betul jugak. 
Buatnya ramai dan tak sempat nak buat semua, kan sia-sia aje Cintehati cuti. 
So dah tolak tepi. 
Saya called pulak klinik Bukit Kuda.
Okey, Ini menguji kesabaran. 
Mula2 called memang ada orang angkat, tapi bila dia pass line kat orang yang sepatutnya, 
tak berangkat-angkat. 
Saya letak dan called lagi sekali.
Kali ni Encik Nurse pulak yang angkat. 
So sekali lagi saya cakap nak buat Hiv Test.
Dia pun pass line. Tak jugak angkat2. 

Menyampah punya pasal, saya called pulak Klinik Aneka. 
Cik Nurse angkat dan pass kat orang yang sepatutnya.
Tapi Klinik Aneka tak buat appointment by phone plak dahhh..
Kena datang sana buat appointment. Buat appointment tu pun belum tentu hari tu jugak akan dia buat Hiv Test. Kena la tunggu lagi hari lain. Saya kalau boleh tak nak lambat-lambat.Nak setelkan hal remeh-temeh ni cepat2. Kita banyak benda lain yang menunggu kan. Hehehe...
So x jadi jugak kat sana.

Last sekali saya called Klinik Sekyen 7, Shah Alam.
Okey kali ni boleh buat appointment. Yeay! Suka!
Makanya appointment kami 4 June 2012 hari tu..

Next entry saya cerita pulak pengalaman saya kat sana ya! 
Akan jadi story yang sangat menarik! 
:p

Wednesday 20 June 2012

Sepi Tanpa Cinta

Wahhh.. 
Tajuk tak menahan..
Haipp.. Harap tak ada yang fikir terlalu luas mengenai tajuk ni.
Hahaha..

Sepi dari blog. Menyepikan diri?
Taklah...
Tapi saya ni macam tak konsisten update blog.
Malas pun iya.
Padahal banyak perkara nak story.

Apa kata saya nak mula balik.
Saya ada baca beberapa blog.
Ramai kawan2 b2b yang dah pun selamat jadi isteri orang.
Sedihnya sebab tak dapat ucapkan tahniah awal2.
tau2 aje mereka dah kongsikan tentang journey pregnancy pulak...
Walaupun wedding preps saya banyak yang dah selesai,
tak salah kut kalau baru nak kongsi?
Hahaha...

Saya nak kongsi.
Teringin nak kongsi.
Tapi..
Where di I start??
Dah lama tinggal jadi blur pulak nak update blog.
Hehehehe..

Saya harap saya dapat mulakan semula..
Wahh! 
Insya-Allah.
Nanti nak update apa yang perlu.
Hehehe...
Itu pun kalau ada yang masih ingat saya. 
Lalala...