Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Friday 22 June 2012

Appointment : HIV.

 
Hai b2b's sekalian..
hehehe..
Baru nak update blog ni. Jadi saya mulakan update pertama selepas menyepi sekian lama dengan menceritakan pengalaman buat appointment untuk HIV Test.

Phewww..
Tak semudah dijangka sebenarnya ya kawan2..
Saya called hampir semua klinik yang berhampiran sekitar Klang. 
Sebab saya nak tau yang paling terbaik untuk buat appointment. 
Lagipun, masa saya nak buat appointment saya tanya Cintehati saya dulu.
Dia kata nak mintak buat 4 June 2012. 
Senang untuk dia apply cuti sebab tempat kerja dia kena seminggu notis untuk cuti.
huhuhuhu..

So saya ikutkan ajelah. Sebab saya tak ada masalah tentang cuti memandangkan penulis novel sepenuh masa macam saya hanya bekerja di rumah.
Dah tahu hari apa nak cuti saya pun pagi-pagi dah called klinik. 
Maklumlah, pagi2 cik-cik nurse mesti semua sedang bersemangat nak teruskan kerja.
Hehehe..

Mula2 saya called klinik Bandar Botanic, Klang. 
Lelaki yang angkat. Jadi saya tanya nak buat appointment untuk Hiv Test. 
Dia kata tak payah appointment cik. Datang aje ke sini dari hari Isnin sampai Khamis. Jumaat kami tak buat. 
Saya kata okey. Kemudian letak telefon. 
Called balik Cintehati. 
Dia kata lebih baik jangan ambik yang tak ada appointment. 
Belum tentu selamat kedudukan yang tak buat appointment ni. 
Betul jugak. 
Buatnya ramai dan tak sempat nak buat semua, kan sia-sia aje Cintehati cuti. 
So dah tolak tepi. 
Saya called pulak klinik Bukit Kuda.
Okey, Ini menguji kesabaran. 
Mula2 called memang ada orang angkat, tapi bila dia pass line kat orang yang sepatutnya, 
tak berangkat-angkat. 
Saya letak dan called lagi sekali.
Kali ni Encik Nurse pulak yang angkat. 
So sekali lagi saya cakap nak buat Hiv Test.
Dia pun pass line. Tak jugak angkat2. 

Menyampah punya pasal, saya called pulak Klinik Aneka. 
Cik Nurse angkat dan pass kat orang yang sepatutnya.
Tapi Klinik Aneka tak buat appointment by phone plak dahhh..
Kena datang sana buat appointment. Buat appointment tu pun belum tentu hari tu jugak akan dia buat Hiv Test. Kena la tunggu lagi hari lain. Saya kalau boleh tak nak lambat-lambat.Nak setelkan hal remeh-temeh ni cepat2. Kita banyak benda lain yang menunggu kan. Hehehe...
So x jadi jugak kat sana.

Last sekali saya called Klinik Sekyen 7, Shah Alam.
Okey kali ni boleh buat appointment. Yeay! Suka!
Makanya appointment kami 4 June 2012 hari tu..

Next entry saya cerita pulak pengalaman saya kat sana ya! 
Akan jadi story yang sangat menarik! 
:p

2 comments:

dhiera zainudin said...

tunang kite buat dekat meru~ datang gamble je. xda call xda ape. trus buat time tu jugak~ hehe

Cik Nasha Nadya said...

okeyla macam tu.. hehehe.. tp x call pulak yang kat meru.. huhu..~