Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Thursday, 26 January 2012

Orang buat teaser, kita pun sibuk gak! ;p

Hai, Assalamualaikum..
Hahaha...
Hari ni ada masa terluang yang banyak.
Jadi nak tepek gambar yang saya dah janjikan.

Tapi, teaser aje dulu yek.
Full pic nanti lepas kahwin baru review banyak2.
Ini 3 barang yang kita beli kat Nilai hari tu. 
Hahaha..
Saya kelakar pulak pasal kelambu.
Si Dhiera dengan Iza komen pulak pasal kelambu kan.

Hmmm.. Ekceli macam ni.
Saya ingat nak beli set katil yang ada tiang setiap bucu tu.
Giler cantik kuttt!
Tapi memandangkan ruang bilik terhad, abaikan ajelah impian my mom tu!
Saya pun redha ajelah.
Konon nak ngadu kat Cintehati pasal tak dapat beli katil bertiang tu.
Tau dia jawab ape???
Kenapa nak katil macam tu?? Nak buat tarian tiang ke?? Huu.. I like!
Tak senonoh punya pemikiran! Huh...

Bila dah tak dapat beli,
My mom kata tak dapat buat kelambu kat katil tiang,
Dia beli kelambu untuk kepala katil!
Hahaha...
Kengkonon lepaslah hajat dia tu.
So classy la kelambu kepala katil tu.
Mana ada kut orang pakai sekarang? 
Even saya tak pernah terfikir pun.
Tapi, saya memang anak yang baik. Jadi ikut kata orang tua.
Hihhiihi

Ni la katilnya, kengkonon nak macam ni.
Tapi dah bilik kecil susah la.. :(

Gambar kat bawah ni saya ambik kat Wawa.
Pinjam gambar yer cik Wawa.


Agak2 dah tak jadi katil tarian tiang
Maybe nanti akan beli set biasa aje.
Say nak hias cantik2.
Saya cakap kat mak saya, 
Bilik saya deko saya keh.
Biarlah tak cantik di mata orang lain, 
asalkan cantik di mata saya.
Sebab saya yang akan huni bilik tu.
Apa salahnya ikut hiasan selera saya? Kan? Kan? 
Mak saya tak kisah langsung. 
Bahagian langsir pintu tingkap rumah saya bagi kat dia. 

Kat bawah ni contoh kelambu tu.
Rasanya sekarang dah tak trendy pun kan?
Saya pun kalau boleh nak biasa aje, then letak frame kat kepala katil.
Tapi, takpelah.. :)


Jeng, jeng, jeng.
Saya nak letak teaser dulu ni.
Meh la tengok. 

 Ini cadar pengantin

Ini pulak Kelambu.

Hehehe.
Tak sabar nak hias bilik sendiri. 
Bye!

9 comments:

Cikpuan rara said...

hmmm jd lh.xdpt tiang dpt cm tu pon ok lah.cantek apa.

Cik Nasha said...

hmm..
ok je la kan.. tak kesah pun.. ;p

dhiera said...

eh, nama kite ke tu? hahaha
ala, kelambu macam tu tak dapat sorok satu badan. hehee

Cik Nasha said...

dhiera,
hahaha.. takpelah.. nnt just main cak2 aje.. kikiki..;p

Schaz said...

sesi hias bilik peranten mmg best sgt!! i paling enjoy gantung2 kelambu walaupun penat..huhu..

Izzila Sweet Touch said...

http://izzilasweetouch.blogspot.com.. jom singgah promosi 2012 make up artist serendah rm80

Cik Nasha said...

Schaz,
yeke?? tak sabarr nii. ;p

sitinazirah86 said...

nasha ira pon xsaba nak hias bilik hehehe,nasha da dpt date wedding ker

Cik Nasha said...

ira,
belum lagi.. sedihkan? huhuhu.