Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, 10 January 2012

Cincin Si Dia...

Hai, Assalamualaikum..
Sihat ke hari ni?
Saya ni masih tak sudah2 dengan sakit here & there..
Ni baru okay sikit.
Tapi batuk! Alahaiiii.. kencang sampai tidur malam tak lena. 
Bagusnya tengah2 malam sakit2 macam ni manja2 dengan suami tolong ambilkan air suam ke apa ke.
Hahaha... 
Apa-apalah Cik Nasha oi.. Tak sabar ler tu~

Hmm.. Saya jarang update blog tak bermakna saya tak baca blog2 b2b yang lain.
Baca blog korang semua sebahagian ubat untuk saya sihat.. (Senyum sambil hembus flu kat tisu)
Seronok baca blog b2b yang lain2. 
Macam2 progress...
Saya teringat beberapa hari lepas saya berbual mengenai cincin. 
Saya cakap saya nak bagi Cintehati saya cincin silver. 
Cincin silver sunnah Rasul kita kan. :) 
 Semua orang pun dah tau suasa itu haram kerana ada campuran emas. 
Korang semua mesti taulah kan. So, tak payahlah saya nak cerita panjang2 perihal suasa tu.

Jadi apa pilihan yng kita ada. 
Silver, Platinum, Palladium, Stainless Steel. 

Jadi bulat tekad saya pilih
SILVER. 

Jom tengok cincin silver yang cantik jom.
Cantikkan? Tapi agak tersangkut2 la kat baju kalau batu timbul macam ni.


Batu pepel tu sangat menarik perhatian!


Ini memang menangissss tengokk.. Paling berkenan.

Ini pun tak kurang canteknya.



Lagi simple lagi saya suka.


Wow. Cantiklah simple camni.

Okey jugakkan?

Ini pun cantik.

Dari T&C jangan cakaplah. Memang banyak cantik2. Tinggal pilih aje.
 
Hmmm...
Nasib baik Cintehati setuju untuk cincin silver. 
Dan dia setuju nak beli kat sini.
Bukan apa. 
Cintehati ni asal Kelantan. 
Ayah dia kerja sebagai Penilai Emas.
Jadi untuk elak kami ditipu oleh sesetengah kedai,
dia nak beli kat sana. Kat tempat ayah dia kerja. 

Saya pujuk dia.
Untuk cincin dia tu silver.
Tak salah kalau nak beli kat sini.
Kedai emas kat sini pun ada banyak jual silver.
Hehehe.

So sampai masa nanti kami akau survey cincin yang cantik2 dan harga yang berpatutan.
Biar mahal sikit asalkan puas hati.
Kita nak pakai cincin kahwin ni seumur hidupkan? 

Huuhuhu
Apa2 nanti akan diupdate lagi pasal cincin ni ya! 
Bye semua!

4 comments:

dhiera said...

kite suka yg batu hitam tu. hehehe

lepas kite bincang2 dengan Z, Z kate dia tak mahu cincin tapi nak jam~ ermm

Cik Nasha said...

dhiera,
eehhh... ok apa bagi jam.. nnt batal air sembahyang pakaikan jam ke.. hikhik.. kita pn ada yg bg cdgn utk bg jam.. ermmm.. tak kisahlah apa2 pn kan.. janji ada tanda perkahwinan.. :)

maknanya dhiera x jd la bg cincin ekhh.. ;p

Rina Hamid said...

cantiknye...sy pun ngah cari cincin skang..

Cik Nasha said...

rina,
yeke? nnt share la cincin cmana.. kite bli lagi..hehe..