Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Thursday 28 July 2011

Mula Survey

Assalamualaikum dan hai...

Dah lama juga terbiar blog ni. Tak tau nak update apa. Tapi rasanya sekarang ni kalau difikirkan tentang aktiviti saya, rasa-rasanya saya banyak survey dulu. Lagi pun masa terasa jauh lagi. Masih panjang. Apa yang ada dalam fikiran saya, saya mahu tetapkan warna tema perkahwinan saya. Bila dah ditetapkan, banyak kerja dah boleh proceed. nak2 pula mak saya nak DIY sendiri bunga telur. Dia sukakan satu contoh bunga telur sewaktu attend wedding anak kawan dia. 

Lepas tetapkan warna tema, saya nak selesaikan kursus kahwin. Ya Allah... Tak sabar nak pergi. Nak dengar. Tapi belum tau lokasi mana yang best nak pergi. Kakak ipar saya kata Klang agak bosan sikit. Takut ngantuk. Dia kata ramai kawan-kawan dia kata Shah Alam best! Sedang eloklah tu. Tak jauh pun. Cintehait pun menetap kat Shah Alam. 

Sekarang waena yang ada dalam fikiran saya ialah something pastel. Kalau tunang dah terang-benderang sampai sakit mata, kali ni nak warna lembut2. Heee..~

Saya suka tengok color2 kat sini. Banyak kombinasi2 menarik. 







Kaler sepesen je kan? Hahaha... Kiranya ni kaler yang saya mahukan. Ada banyaaaaakkkkkk kaler yang mencairkan hati. Tapi dah kata nak kaler yang something peachy. Jadi inilah hasilnya. Kalau ada kaler yang lebih lawa, saya akan kongsikan. Tapi ni ada sikit kaler saya nak tunjuk. 











Eh, banyak lagilah. Kalau nak tengok, boleh tengok kat sini. 

Sunday 24 July 2011

Dugaan Bertunang 2

Hai, assalamualaikum..

Hmm.. Hari ni saya terpanggil nak kongsi satu cerita. Kalau sebelum ini saya kongsikan tips kat sini, tapi kali ni dugaan tu betul2 berlaku di sekeliling saya. 

Ops.. Minta dijauhkan terjadi kepada saya. Saya buat masa ini sangat2 mencintai si dia. Dan berharap tak akan pudar sampai bila2. Apa yang berlaku ni bukannya jauh sangat. Sangat dekat dengan saya. Ini kisah adik ipar kepada abang saya. Bermakna adik kepada kakak ipar saya. Hahaha.. hope saya tak memeningkan sesiapa yang membaca. Hehehe... 

Adik kakak ipar saya ni lelaki. Kita bagi namanya F la ya. F ni dah bertunang. Waktu saya bertunang hari tu, saya dah dengar cerita mereka nak kahwin dah. Oh.. siapa yang tak gembira kan bila dengar cerita best macam tu. Lepas tu senyap macam tu aje.

Semalam saya teringat dan terus saya tanya abang saya, apa jadi dengan F, bila langsungnya. Abang saya kata, langsung apa! Dah putus tunang! Terkejut besar saya. Gilalah! Sebulan aje rasanya mereka nak kahwin dah. Boleh pulak putus. 

Bak kata abang saya, doorgift semua mak mertua abng saya dah siapkan. Alahai kesiannya. Putus tu berpunca dari perempuan. Kakak ipar saya kata, mereka minta pampasan. Kalau ikutkan, kalau perempuan yang putuskan, ada yang kata pulang balik double kan? betul ke? Hmm...

Puncanya, si F ni kerja tentera. Faham2lah kalau tentera ni. Terpisah jauhlah katakan. F ni kena bertugas di Langkawi. Yang perempuan pun dah bekerja. Kat ofis tu pula ada sorang lelaki duk kenen2 dia. Agaknya ayat punya ayat, sangkutlah kan.. Tunang pulak jauh. Mungkin tak boleh berjauhan. Ada pula tukang ambil berat, beri perhatian. Nak buat macam mana. Jalan terbaik, putus. Ish.. Kesian F. Abang saya kata, kat Langkawi, besar manalah nak cari perempuan. Kalau ada pun kat kem ajelah. Harap2 dia bertemu jodoh yang sesuai.

Nasihat abang saya pun saya ambil jadikan peringatan. Kata dia, belum jadi apa2, tak payahlah nak berkongsi sakan. Mereka dah keluarkan kereta sebiji. Atas nama siapa, Wallahualam. Tapi mereka kongsi bayar. Si perempuan yang gunakan. Jadinya mereka (pihak lelaki) akan ambil balik. Dah beli peralatan lain pun. Contoh macam peti ais. dan mungkin ada barang2 lain. Saya tak tanya lanjut. Tapi banyak sangat dah invesment. Dah bukan jodoh mereka, nak buat macam mana kan. 

Kita doakan yang baik2lah kat kedua2nya. Hope yang perempuan, pilihan dia yang itu tepat. Atau kalau boleh, biar lebih baik dari bekas tunang dia. Sebab setahu saya, F ni baik orangnya. Sebaya saya. Tapi, sebelum ini pun memang hubungan mereka dah bergoncang dah, cuma kali ini betul2 tak dapat diselamatkan.

Minta dijauhkan dari saya perkara macam ni. 

Wednesday 20 July 2011

Apa harus dibuat?



Hai semua...

Semalam berjumpa dengan kawan saya. Kawan saya bawa pulak adik dia. Adik dia berdarah manis. Bulan 10 ni langsunglah perkahwinan dia kat Putrajaya tu.

Kemudian kawan saya tanya kpd saya, 'Ko bile lagi?' Ok, saya faham maksud dia. Saya cakap setahun lagi. Dia tanya persiapan, tema dsb. Hmm...jujur sebenarnya saya katakan, saya taktau nak mulakan yang mana satu. Bak kata adik dia, sebenarnya yang merumitkan tu perkara-perkara kecik. Kalau nak diikutkan, bila disenaraikan, tak sampai sepuluh perkara pun yang nak dibuat. Benda jadi serabut tu sebenarnya atas diri kita sendiri. 

Saya pun fikir ada logiknya juga. Tapi entahlah. Mak saya kata, setahun tak lama. Lepas raya ni dah kena mula sikit-sikit. Saya kena banyak buat research. Tapi, saya tak tau apa yang nak dibuat dulu? Memang kalau boleh saya nak buat dari awal supaya saya senang dikemudian hari. 

Apa yang saya mulakan sekarang adalah pencarian tema. Warna apa yang akan menjadi hari bahagia saya nanti. Warna apa pula untuk malam berinai nanti. Saya memang banyak simpan koleksi2 gambar mana2 yang saya berkenan. Huuu.. 

Semoga Allah permudahkan jalan saya untuk mendirikan masjid. Amin. 

Gambar Dah Siap Cuci~

Yeay!

Gambar waktu Majlis Pertunangan dah siap cuci. Total semua RM 70. Sekeping 4r RM 0.35. Saya cuci dalam 180 keping. Sekeping 8r, RM 7. So Grand total semua baru RM 70. Murah. Hehehe.

Esok dapatlah gambar. Tak sabar nak susun2 dalam album. Saya beli 2 album. Satu simpanan keluarga saya. Satu saya hadiahkan kat kampung Cintehati saya. Bakal mertua pun dah sibuk tanya gambar. Hmm.. Kesian dia orang. Dahlah jauh. Tak dapat jumpa selalu. Itu yang saya nak hadiahkan satu album pada mereka. 

Melihat gambar yang ada di bilik, gambar bersaiz a4, saya dan Cintehati, membuatkan perasaan sayang saya pada dia membuak2. Kalau saya sedih, marah, geram, bengang, menyampah, saya akan tengok gambar tu. Tengok senyuman dia. Automatik perasaan yang berapi2 itu kembali sejuk.

Hmm..

Tapi, tapi, memang saya tak jumpa frame sedia ada yang berukuran 8' x 12'. Yang ada 8' x 10'. Pelik.. Rupanya kena custom-made la kut kat kedai gambar kan? Hahaha.. betapa naifnye saya. Baru tau. Patutlah cari frame ukuran tu tak ada. Tapi dia lebih kurang size a4. 

Maknanya kena ada misi ke kedai gambar pulaklah. Takpe2. Lepas ni boleh pergi. 

Saturday 16 July 2011

Dugaan Bertunang

Salam kawan2...
Saya nak bercerita sesuatu. Mungkin ini adalah pengajaran untuk kita semua. 
Biasalah, setiap orang yang menuju ke gerbang perkahwinan pasti tak akan lepas dari dugaan sewaktu bertunang.
Ada yang sampai putus tunang kalau perselisihan itu tidak ditangani dengan akal fikiran. Asyik ikut emosi ajekan.. Yang selalu beremosi perempuan.. Dah duk hari2 tiap kali gaduh mintak putus, tiap kali gaduh mintak putus.
Lelaki bila dah rasa tercabar, 'hah! kau nak putus sangat kan! Ambik ubat!' 
Jadinya, pertunangan mereka terputus di tengah jalan. 
Isk.Isk.Isk. Sangat sedih.
Saya juga tak terlepas dari dugaan bertunang. Baru sebulan kut? Sebelum ni tak ada pulak ngada2 nak tanya soalan yang tak patut dah ditanya selepas bertunang ni.
Hmm
Kepada akak tu, kalau tak suka saya sebab akak adalah kawan rapat dengan ex Cintehati, tak perlulah akak nak mengganggu-gugat hubungan harmonis kami. Kami baru sebulan lebih bertunang. Janganlah buat saya macam ni. :-( 
Kalau akak tak suka saya sekalipun, tak perlu tanya Cintehati saya macam tu ya. Ini mengganggu emosi saya. :-)
Okeylah.
Lupakan hal sedih.
Jom, saya nak share something dengan semua. Tips ni bagus. Saya dapat dari blog ini. Tapi blog ni sepertinya tak membenarkan copy n paste. Walaupun kita akan letakkan link blog dia. Tapi tak apa. Korang boleh pergi blog dia kat sini. Saya tulis sharekan yang ringkas aje ya.

1) Percaya
Percaya itu menentukan pelayaran anda. Sekiranya timbul syak wasangka, harus selidik terlebih dahulu.

2) Jujur
Kejujuran harus ada dalam perhubungan. Beritahulah pasangan anda ke mana sahaja anda pergi. Bukan sahaja jujur tu, saya rasa, lelaki akan rasa lebih dihargai. Terasa diutamakan. Kan ke itu akan jd husben kite jugak? Seharusnya kite kan kena jg maruah lelaki suami kite?

3) Berdoa
Minta pada Yang Maha Esa supaya hubungan kita berpanjangan dan kekal ke jinjang pelamin.

4) Rapat Dengan Keluarga Bakal Mertua
Pastikan ikatan pertunangan ini menjadi medan suai kenal antara kita & mertua.

5) Batas
Perbataskan langkah bersama kawan2. Jiwa manusia tak sama. Jagalah hati tunang anda. 

6) Pebincangan
Berbincanglah bersama tunang. Mengenai persediaan perkahwinan. Atau apa saja agar tiada hati yang terluka. 

7) Control
Jangan jadikan pasangan tunang anda adalah 'remote control.' Hak kebebasan masih milik dia. Jangan kawal 100%.

8) Bertanggungjawab
Bertanggungjawab atas kebajikan pasangan tunang anda. Satu hari nanti pun akan jadi suami isteri. Kan ada tanggungjawab masing2 utk membahagiakan pasangan? 

9) Romantik
Kekalkan romantik anda sama seperti waktu bercinta.

10) Positif
Pemikiran positif adalah pemikiran yang matang. Ini akan menyelamatkan hubungan anda.
Hmm... Semua nampak senang utk dilakukan. Tapi, saya tahu pasti susah untuk dipraktikkan. Kita boleh cubakan? Cuba untuk selamatkan hubungan yang kalau dah nampak macam telur di hujung tanduk.Berharap Allah swt akan kekalkan hubungan kami. Amin.

Friday 15 July 2011

E-Day

Hai semua...

Hari ni saya nak kongsikan pula Majlis Pertunangan saya pada 5/6/2011. Majlis saya berlangsung serba ringkas sahaja. Kawan2 terdekat. Kawan2 mak ayah saya. Keluarga dan sanak-saudara kedua-dua belah pihak. Tapi bila dalam gambar, kawan2 yang tak datang tu semua kata, wahhh.. gempak siut kau punya Majlis Tunang?? 

Oh..No la.. Ringkas aje sebenarnya. Datang majlis baru tau. Mungkin saya guna pelamin, itu yang mereka kata gempak.

Ni saya share gambar2 saya, ya. Sudi2 lah tengok.













Hmm...
Inilah gambar dapat dikongsikan.. 
Alhamdulillah...
Semuanya berjalan lancar.
Berharap sangat ikatan ini akan sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya akan kekal bahagia sepanjang hayat. 
Amin...

Wednesday 13 July 2011

Tema Pertunangan~

Salam dan hai...

Hari ni rasa macam nak kongsi idea saya sewaktu saya memilih tema untuk pertunangan saya. Huh... Memang payah! Walaupun bertunang tapi nak buat keputusan untuk pilih warna tema pun lama. Mak saya dah bising-bising dah. Susah nak belikan barang kalau ada yang berkenan sebab saya tak tau lagi nak tema warna apa. Hehehe...

Saya bukanlah secerewet mana. Tapi saya seperti bakal2 pengantin yang lain, mahukan kelainan pada majlis saya. Saya sukakan warna-warna yang agak terang. Juga sukakan warna yang dikombinasikan. Banyak tempat saya refer. Banyak warna yang saya suka. Sampai tak tahu nak pilih yang mana. Hahaha...

Selak-selak Majalah Pengantin. Surf internet. Fikir punya fikir. Ada satu warna yang menarik saya. Warna yang orang jarang-jarang buat. Bak kata Mak Andam saya, dia pertama kali tengok tema hantaran saya yang warna meriah begitu. Cantik. (Harap dia puji ikhlas la~ :-)) Kawan2 pun terkejut tengok. Semua hantaran alhamdulillah saya DIY sendiri dengan bantuan kakak2 ipar.

Nak tengok ke warna apa? Hehehe.. Jangan gelak ye..






Haaa.. inilah warna2 idea yang saya mahukan. Dua warna ni. Turquoise + Yellow. Dalam banyak2 warna, warna ni yang saya pilih. Mula2 takut jugak dengan penerimaan orang yang melihatnya nanti. Manalah tau kut2 sakit mata diorang ke kan.. Hehehe.. Tapi orang kata tak cuba tak tau. Apa yang paling penting saya puas hati dengan apa yang saya mahukan.

 Dan progressnya ini..:-


Hee...
Nanti saya kongsikan pula majlis penuh saya. Alhamdulillah. Semua berjalan lancar. 

Tuesday 12 July 2011

Seimbas lalu...

Hihhihii...


Ada apa dengan tarikh tu ya? Itulah tarikh saya ditunangkan dengan My Cintehati. Mohd. Shahfiza b. Che Soh. Sayang kamu bangat! Setelah setahun berkawan, saya diberitahu tentang rombongan merisik yang akan datang. Tapi... Alamak. Saya lupalah berapa haribulan ya? Hahaha... Boleh pulak lupakan! Tapi yang penting awal bulan Mei. :-)

Perkenalan yang berlangsung memang sangat smooth. Waktu tu saya memang tengah frustrated. Memang dah rasa takkan bercinta lagi. Takkan ada sapa2 dalam hidup lagi. Tapi dah kuasa Allah swt. saya dipertemukan dengan Cintehati bila saya berpindah tapak kedai kat Uptown Shah Alam. Kedai saya betul-betul belakang kedai dia. Dulu pakai khemah aje. So, memang nampak muka la. Hehehe...

Tapi mula2 kawan bukan suka pun kat dia. Kadang2 menyampah. Sebab apa? Sebab dia suka loyar buruk yang sampai tahap menyakitkan hati. Lepas tu, mamat ni kalau kita tak kenal, orang kata muka macam bagus. Bajet hensem! Dah kawin. Hahaha.. Saya aje yang kata dia dah kawin. Sebab apa? Sebab dia adalah si muncit~

Tapi bila satu dinding pemisah dah dipasang, (waktu ni sume peniaga disuruh menjaring kedai dan pakai roller shutter.) baru saya rasa sunyinya saya tanpa dia. Tidur malam saya entah kenapa wajah dia selalu sgt masuk dlm mimpi saya sampai satu tahap saya takut untuk tidur. Memang terlalu kerap.

Saya kenal dia sebagai kekasih orang. (Tak rasa apa2 waktu tu.) Susah nak tau status dia waktu mula2 kenal. Tapi satu hari dia yang bercerita. Mula dari hari itu, saya jadi pendengar setia dia. Waktu itu hubungan dia memang seperti telur di hujung tanduk. Kekasih ada seperti tiada. Jadi pada saya tempat curahan hatinya. Saya nasihat elok2. Tak terniat untuk mengapi2kan dia. 

Tapi satu hari 'dewi cinta' ini 'jatuh cinta' dengan 'klien'nya. Hahaha.. Semua berlaku secara spontan. Entah apa yang meniup sesuatu dalam hati saya. Tau-tau aje kami dah bercinta. Hmm.. Manis betul waktu tu. Tiada persoalan siapa merampas siapa sebab kekasih lama tu sendiri yang mengundur diri kerana percintaan mereka dihalang keluarga sebab berlainan agama. 

Bercintalah kami selama setahun. Selepas setahun Cintehati bagitau rombongan nak datang cuti sekolah yang terdekat ni. Oh, no! Cuti sekolah paling dekat pun hujung bulan Mei dan awal bulan Jun. 2 minggu. Padahal waktu tu bulan April. Lalala~ Kontrol ayu aje walaupun waktu tu rasa nak terjun kolam ikan kat depan mata ni ha. :-) 

Alhamdulillah. Waktu tu saya bersyukur sangat2. Tak sangka selepas setahun Cintehati bagitau hasratnya. Saya tak pernah desak dia. Saya tahu dia serik dengan perhubungan yang lalu. Jadi saya bagi dia masa untuk pulihkan kembali kepercayaan dia. Saya cintakan dia bukan kerana harta, bukan kerana rupa, tetapi ikhlas jauh di lubuk hati saya. Setiap insan tidak sempurna, maka Allah menciptakan pasangannya supaya saling melengkapi. 

Dengan dia saya rasa bahagia. Dengan dia saya tau erti sayang tu macam mana. Dengan dia saya faham apa itu pengorbanan. Dengan dia saya jadi seorang yang bersyukur dengan apa adanya. 

Alhamdulillah. Syukur yang teramat sangat. :-)

Saturday 9 July 2011

Pembukaan Rasmi

Dengan ucapan Bismillah, I membuka blog rasmi ini. 

Blog ini bertujuan untuk menceritakan kisah-kisah perjalanan cerita cinta saya dengan My Cintehati. Tunang saya. Di samping itu saya juga akan berkongsi perjalanan cerita saya yang bakal menjadi pengantin dalam masa setahun lagi. Berkongsi apa yang saya beli. Berkongsi idea saya. Berkongsi suka duka saya dalam menempuh detik-detik menjadi isteri. Sesudah menjadi isteri (Insya-Allah). Bakal bergelar ibu (Insya-Allah). Pendek kata, diari hidup seharian saya. Hehehe...

Tak dilupakan juga suka saya nak berkongsi tips2 hidup berumahtangga supaya hubungan kekal harmonis. Berbagai-bagai tips dan panduan yang saya  dah baca dan akan saya kongsikan. Feel free to read. :-)

Nak diingatkan. Saya tak berani nak kata blog ini adalah blog tentang B2B. Tapi kalau satu hari blog ini dikenali sebagai blog B2B, saya senang hati. :-) sama-samalah kita doakan. 

Saya ni seorang yang romantis tetapi Cintehati saya tidak. (Menangis sekejap)~ Tetapi jauh di sudut hati saya redha kerana inilah pasangan yang Allah ciptakan untuk saya. Insya-Allah. Saya memang suka tulis diari semenjak zaman sekolah dan tidak terhenti di situ bila saya tahu dan saya memilih kerjaya yang paling tepat dan paling dekat dengan diri saya. Penulis. Author. Novelis. Alhamdulillah. Zaman dah berubah. Internet adalah keperluan sekarang bukan kehendak. Jadi saya gunakan sebaiknya dan terlahirlah blog ini. The Love & Story. :-)

Saya harap ramai yang sudi menjengah blog saya yang masih hijau ni. Ini langkah pertama saya. Amin.