Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Thursday 28 July 2011

Mula Survey

Assalamualaikum dan hai...

Dah lama juga terbiar blog ni. Tak tau nak update apa. Tapi rasanya sekarang ni kalau difikirkan tentang aktiviti saya, rasa-rasanya saya banyak survey dulu. Lagi pun masa terasa jauh lagi. Masih panjang. Apa yang ada dalam fikiran saya, saya mahu tetapkan warna tema perkahwinan saya. Bila dah ditetapkan, banyak kerja dah boleh proceed. nak2 pula mak saya nak DIY sendiri bunga telur. Dia sukakan satu contoh bunga telur sewaktu attend wedding anak kawan dia. 

Lepas tetapkan warna tema, saya nak selesaikan kursus kahwin. Ya Allah... Tak sabar nak pergi. Nak dengar. Tapi belum tau lokasi mana yang best nak pergi. Kakak ipar saya kata Klang agak bosan sikit. Takut ngantuk. Dia kata ramai kawan-kawan dia kata Shah Alam best! Sedang eloklah tu. Tak jauh pun. Cintehait pun menetap kat Shah Alam. 

Sekarang waena yang ada dalam fikiran saya ialah something pastel. Kalau tunang dah terang-benderang sampai sakit mata, kali ni nak warna lembut2. Heee..~

Saya suka tengok color2 kat sini. Banyak kombinasi2 menarik. 







Kaler sepesen je kan? Hahaha... Kiranya ni kaler yang saya mahukan. Ada banyaaaaakkkkkk kaler yang mencairkan hati. Tapi dah kata nak kaler yang something peachy. Jadi inilah hasilnya. Kalau ada kaler yang lebih lawa, saya akan kongsikan. Tapi ni ada sikit kaler saya nak tunjuk. 











Eh, banyak lagilah. Kalau nak tengok, boleh tengok kat sini. 

2 comments:

Nat Cure said...

banyak ye urusan.. anyway, semoga bahagia hingga ke syurga..

Cik Nasha Nadya said...

Nat Cure,
heehehe.. byk jugak.. tambah2 nak bulan puasa ni kan.. terima kasih ye.. :)