Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Thursday 18 August 2011

Baju Raya Kaler Apa? :)

Assalamualaikum semua??
Sihat ke??

Hihihi... Lepas lagi sehari kita berpuasa dengan sempurna kan? Hope akan terus sempurna sampai ke akhirnya. Cintehati saya pun alhamdulillah penuh puasanya. (Eleh.. Macam la Cintehati tu pernah ponteng??) hahaha.. Tak la macam tu, tapi kalau dah bercampur dengan 2,3 orang kawan2 yang tak menghiraukan rukun islam ke-3 tu, susah jugak hati ni. -_-'

Hmm.. Sekarang ni baju raya saya baru ada sepasang. Cintehati punya tak beli lagi. Tahun ni dah set dah nak kaler pink!! Hahaha.. Tak sangka betul dia nak pakai kaler pink. Bestnya! Saya bukanlah minat sangat2 kaler tu. Cuma saya suka & teringin nak tengok Cintehati pakai kaler tu. Dia ada baju putih pastu ada corak2 pink sikit, saya rasa freshh aje bila dia pakai. Hihihi... ;p 

Jadi bila dalam kereta time tu lalu kat PKNS, dia tanya :-

Cintehati : Ha.. Nak kaler ape kita tahun ni?
Saya : Hmm.. Kalau pink boleh tak??
Cintehati : Okey..

Apa lagi.. senyum sampai ke telinga la saya. Tak sangka rupanya semudah ABC aje nak kaler tu. Dulu saya nak belikan kemeja pink, mati2 dia tak nak. Padahal bukan saya nak belikan dia baju tu penuh pink. Ada pink sikit2 aje. Ni pun baju melayu saya fikir jugak. Takdenya saya nak suruh dia beli yang bright pink. Nak yang lite2 aje. Manja2 aje pinknya. X sabarnye nak tengok dia pakai. :)

Maybe minggu ni or minggu depan beli. Hope ada lagi la baju2 kaler tu. Kalau takde, terpaksa la guna plan B. Plan B nye mmg fikir spontan kat situ ajelah, rembat aje la kaler yang mana cantik. haihh.. Tak mau macam tu..~

hensemkan Fahrin Ahmad pakai pink?? Huhu..

Cantekkan.. 

Tuesday 16 August 2011

Puasa ke 16~

Hai, assalamualaikum kawan2..

Fuh.. Lambatnya nak update stori kat cni.. Hmm.. Busy la pulak.. diam tak diam dah hampir 20 hari kita berpuasa kan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seronok betul berpuasa. Letih tu jangan cakap la. Semua orang letihkan. Tapi pahala yang berganda kita dapat tu sangat berbaloi. :)

Ada orang kata saya pelik. Sebab saya dan keluarga memang jarang yang teramat2 sehingga hampir tak pernah berbuka puasa dengan nasi dan lauk-pauk. Kalau buka pun benda2 macam murtabak, roti  bom, kuih-muih, roti john, yang selain daripada nasi. Janji mengenyangkan. Sahur aje kita makan nasi. Tak apalah pelik pun, janji berpuasa. :-)

Apa yang nak dicerita ya? Hmm.. Setiap ahad memang wajib berbuka puasa dengan Cintehati. Dua minggu lepas kat Restoran Tasik, minggu lepa kat Alamanda, minggu ni taktau la. Hajat nak sempoi2 aje beli kat bazar ramadhan stadium melawati tu lepas tu buka kat dataran, dekat dgn masjid. Senang. 

Cintehati bercerita dgn saya. Kat tempat kerja dia sekarang ni majoritinya cina. Ada kawan2 dia melayu kat sana dengan selamba badak tak puasa. makan kat kantin macam tu aje. Takde nak sorok2.*geleng kepala* Dia kata yang tinggal berpuasa sekarang ni ada 2,3 orang aje termasuk dia. Saya cubit peha dia, sy tny betul ni puasa?? Dia kata betullllll.. Hahahaha...sian dia. *wink*

Manusia zaman sekarang ni memang tak takut kan dengan azab Allah. Saya ni bukanlah baik sangat, Cintehati juga bukan baik sangat, tapi tak adalah sampai macam tu sekali. Kalau dengan sesama manusia dah tak malu, apatah lagi dengan Tuhan. *sigh*

Set Big Mac - Cintehati punye

Ala.. gambar xde set la.. Ni Quarter Pounder - saya punya.
Apa2 pun, nafsu kami sungguh besar minggu lepas. Makan McD siap dgn dua aiskrim sundae cup.
*gambar ihsan Google*

Sunday 7 August 2011

Raya Mana Nanti?

Hai assalamualaikum kawan2...
Hari ni genap 7 hari kita berpuasa. Rasa sekejap aje kan...

Time tunggu waktu berbuka, saya dan Cintehati berbual2lah kat tepi kolam pancing ikan kat Restoran Danau Anggerik. (Rasanya betul dah nama dia tu~).

Citer punya citer, timbul pasal giliran beraya mana tahun depan. Kemungkinan besar saya sudah berdua raya tahun depan. Dan kemungkinan besar jugak saya masih lagi beraya dalam status darah manis lagi tahun depan. Ahaks! Belum bincang sepenuhnya dengan kedua2 belah pihak. tapi bagi saya, eloklah lepas raya sebab kalau sebelum raya saya takut kelam kabut. Mana nak sambut raya lagi. Mana nak urus hal kenduri-kendara lagi. 


Belah keluarga saya, mak saya dah buat plan. Kalau sorang anak dia tak balik raya, biar semua x balik. Kalau balik, biar semua ada berkumpul. Maknanya akan selang seli mak dan ayah saya beraya dengan anak2 dan beraya berdua aje. Macam honeymoon gitu. Huhuhu...

Jadinya, tahun ni dah mula plan tu. Angah saya memang turn dia kat Muar. Jadi tak boleh ubah dah sebab kakak ipar saya dah buat macam tu. Along saya la yang beraya dua tahun berturut2 kat perak. Saya? Kami tiga beranak aje beraya tahun ni. Lepas tu terus pergi rumah mak cik2. Kalau wedding saya sebelum raya, bermakna saya akan beraya di Kelantan tahun depan. Kalau nak jugak ikut plan mak saya, bermakna saya akan beraya dua tahun di Kelantan. Tapi kalau wedding saya lepas raya, saya selamat lagilah. Plan tu tak payah diubah lagi.

Cintehati kata, kena berbincang. Kalau boleh dia mahu raya pertama dengan family dia. Tak apalah. Dah memang begitu tradisinya. Hormati dan dahulukan suami kunci kebahagian. Insya-Allah. Saya tak kisah mana2 pun, janji berlaku adil dalam setiap keputusan. 

Tahun ni sunyi sikit rumah bila semua dah beraya kat kampung isteri masing2. Huhuhu... Anak-anak buah pun dah tak ada nak memeriahkan malam raya. Setiap tahun pun kitorang buat takbir raya. Panggil orang surau untuk takbir then makan2. Seronok! 

Kau orang semua macam mana pulak?


Monday 1 August 2011

Selamat Berpuasa Semua...

Assalamualaikum...
Bersempena dengan bulan Ramadhan. Hari ini bertarikh 1 Ramadhan, saya ingin mengucapkan :-

Selamat Menjalani Ibadah Puasa serta Selamat Melakukan Amal Jariah dan Amalan-Amalan Yang Mendatangkan Pahala Kepada Puasa Kita Semua. 

Amin.