Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Tuesday, 16 August 2011

Puasa ke 16~

Hai, assalamualaikum kawan2..

Fuh.. Lambatnya nak update stori kat cni.. Hmm.. Busy la pulak.. diam tak diam dah hampir 20 hari kita berpuasa kan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seronok betul berpuasa. Letih tu jangan cakap la. Semua orang letihkan. Tapi pahala yang berganda kita dapat tu sangat berbaloi. :)

Ada orang kata saya pelik. Sebab saya dan keluarga memang jarang yang teramat2 sehingga hampir tak pernah berbuka puasa dengan nasi dan lauk-pauk. Kalau buka pun benda2 macam murtabak, roti  bom, kuih-muih, roti john, yang selain daripada nasi. Janji mengenyangkan. Sahur aje kita makan nasi. Tak apalah pelik pun, janji berpuasa. :-)

Apa yang nak dicerita ya? Hmm.. Setiap ahad memang wajib berbuka puasa dengan Cintehati. Dua minggu lepas kat Restoran Tasik, minggu lepa kat Alamanda, minggu ni taktau la. Hajat nak sempoi2 aje beli kat bazar ramadhan stadium melawati tu lepas tu buka kat dataran, dekat dgn masjid. Senang. 

Cintehati bercerita dgn saya. Kat tempat kerja dia sekarang ni majoritinya cina. Ada kawan2 dia melayu kat sana dengan selamba badak tak puasa. makan kat kantin macam tu aje. Takde nak sorok2.*geleng kepala* Dia kata yang tinggal berpuasa sekarang ni ada 2,3 orang aje termasuk dia. Saya cubit peha dia, sy tny betul ni puasa?? Dia kata betullllll.. Hahahaha...sian dia. *wink*

Manusia zaman sekarang ni memang tak takut kan dengan azab Allah. Saya ni bukanlah baik sangat, Cintehati juga bukan baik sangat, tapi tak adalah sampai macam tu sekali. Kalau dengan sesama manusia dah tak malu, apatah lagi dengan Tuhan. *sigh*

Set Big Mac - Cintehati punye

Ala.. gambar xde set la.. Ni Quarter Pounder - saya punya.
Apa2 pun, nafsu kami sungguh besar minggu lepas. Makan McD siap dgn dua aiskrim sundae cup.
*gambar ihsan Google*

2 comments:

nurul izayani said...

beshnya dpt buka tiap mingu dgn cintahati <-- jeles,hehe..

Cik Nasha said...

ishh..
xde apa nak dijeleskan la.. itu aje waktu yg ada.. :)