Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Sunday, 7 August 2011

Raya Mana Nanti?

Hai assalamualaikum kawan2...
Hari ni genap 7 hari kita berpuasa. Rasa sekejap aje kan...

Time tunggu waktu berbuka, saya dan Cintehati berbual2lah kat tepi kolam pancing ikan kat Restoran Danau Anggerik. (Rasanya betul dah nama dia tu~).

Citer punya citer, timbul pasal giliran beraya mana tahun depan. Kemungkinan besar saya sudah berdua raya tahun depan. Dan kemungkinan besar jugak saya masih lagi beraya dalam status darah manis lagi tahun depan. Ahaks! Belum bincang sepenuhnya dengan kedua2 belah pihak. tapi bagi saya, eloklah lepas raya sebab kalau sebelum raya saya takut kelam kabut. Mana nak sambut raya lagi. Mana nak urus hal kenduri-kendara lagi. 


Belah keluarga saya, mak saya dah buat plan. Kalau sorang anak dia tak balik raya, biar semua x balik. Kalau balik, biar semua ada berkumpul. Maknanya akan selang seli mak dan ayah saya beraya dengan anak2 dan beraya berdua aje. Macam honeymoon gitu. Huhuhu...

Jadinya, tahun ni dah mula plan tu. Angah saya memang turn dia kat Muar. Jadi tak boleh ubah dah sebab kakak ipar saya dah buat macam tu. Along saya la yang beraya dua tahun berturut2 kat perak. Saya? Kami tiga beranak aje beraya tahun ni. Lepas tu terus pergi rumah mak cik2. Kalau wedding saya sebelum raya, bermakna saya akan beraya di Kelantan tahun depan. Kalau nak jugak ikut plan mak saya, bermakna saya akan beraya dua tahun di Kelantan. Tapi kalau wedding saya lepas raya, saya selamat lagilah. Plan tu tak payah diubah lagi.

Cintehati kata, kena berbincang. Kalau boleh dia mahu raya pertama dengan family dia. Tak apalah. Dah memang begitu tradisinya. Hormati dan dahulukan suami kunci kebahagian. Insya-Allah. Saya tak kisah mana2 pun, janji berlaku adil dalam setiap keputusan. 

Tahun ni sunyi sikit rumah bila semua dah beraya kat kampung isteri masing2. Huhuhu... Anak-anak buah pun dah tak ada nak memeriahkan malam raya. Setiap tahun pun kitorang buat takbir raya. Panggil orang surau untuk takbir then makan2. Seronok! 

Kau orang semua macam mana pulak?


2 comments:

nurul izayani said...

suka statement "berlaku adil dalam setiap keputusan" hehe..thun ni still beraya dgn family lg,hehe..tp nex yer,balik uma mertua dulu kot,heee

Cik Nasha said...

hheehe..wahh.. next year dh beraya dgn suami n mertua ya.. msti best kn..:)