Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Wednesday 23 November 2011

Wow. Kahwin naik bot!

Hai kawan2 semua!
Minggu lepas sebenarnya majlis kahwin ni. 
Tapi baru hari ni saya nak share.
Tak banyak gambar pun. 
Sebab saya sibuk makan! 
Hahaha...
Ekceli yang kahwin ni bukan kawan saya. Tapi anak kepada kawan mak saya. 
Mak saya yang sungguh teruja bagitau anak kawan dia kahwin naik bot.
Wow~
Saya jadi gedik2 nak ikut. Hahaha.
Majlis ni outdoor. Bertempat kat Galeri Shah Alam. 
Cekidout bebeh!

Dari kejauhan. Purple+Peach
Tu diaa.. sampai dah.
Jaga2 nanti jatuh! Hehehe.
Erm.. Baju kaler..err.. pink salmon i think?
Hampir keunguan.

Ada doorgift, photo & guest book. :)
Mana pelamin? 
Ahahahhaa..
Saya sibuk makan. Terlupa snap pelamin yang nun di atas pentas. 

Hadiah oh Hadiah!

Salam semua..
Minggu lepas saya dan Cintehati dengan gigihnya menyoppingkan diri kat Jusco Bukit Tinggi. 
Beli 3 hadiah sekaligus! 
Gigihkan?!
Malas nak banyak2 kali pergi. Beli aje sekaligus. 
Wedding paling terdekat pun minggu ni kat Sabak Bernam & Shah Alam yang berjalan serentak. Fiuuu...
Minggu lagi satu kat area kawasan rumah aje. Kawan sekolah. 
Diam2 tau2 nak kahwin aje. Bagus. 

Hah! Amik sorang satu.
Siti Aishah & Mohd. Kamal

Owen & Azlan

Ekin & Zaidi
Hahaha...
Rasa seronok balut hadiah ni. Kejap aje dah settle. Tapi kerja2 saya diganggu oleh Pak Tam. 
Tau Pak Tam sape?
Kucing saya kaler hitam.

Musim Mengawan~ Hahaha...


Salam semua..
Ahah! Memang lazimnya hujung tahun memang ramai berebut-rebut nak kahwin. 
Nasib baik kami low profile. Kami ambik pertengahan tahun depan.
Hikhik.
Buat kawan2 yang dah nak naik pelamin ni.
Saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. 
Semoga majlis berjalan lancar.
:-)

Tuesday 8 November 2011

Hah?? Kenapa Cepatkan?


Assalamualaikum semua..
Huhuhu...
Saya dah macam caca-merba pulak sekarang ni. Dengan kerja saya yang belum siap2. Tambah pulak dapat gosip yang tak tau nak kata betul macam kabar angin, nak kata gosip, macam kena standby jugak kadang2...
Adehlahh..
Apa yang saya runsingkan?
Hmm..
Keluarga pihak lelaki nampak gayanya macam nak percepatkan bulan. 
Saya bertunang - 5/6/11.
Sepatutnya saya kahwin pun bulan 6 jugaklah kan. Sebab masa bincang hari tu kata setahun. 
Ngeeee...~
Dicepatkan pun taklah terlalu sangat. Setakat sebulan aje pun saya nak kecoh.
Hahahah.. Tapi itulah, sekarang ni duk goyang kaki main mak2 main masak2 tak prepare apa2 pun. Sekarang ni dah hujung tahun baru rasa, alamak! alamak! tak lama dah.... Apa pun tak prepare lagi nih. Huhaha..Padan muka! 
So, settle aje kerja menulis saya, edit, printing, post, saya kena laju2 research apa yang patut. 
Untuk warna tema semua dah settle. Tinggal lagi duk fikir2, susahnyeee nak jumpa contoh kale tema yang saya nak ni! Susah ke? Saya belum jumpa lagi pengantin guna dua kaler ni untuk di mix n matchkan. Agaknya kaler ni orang tak berminat kut? Saya aje yang duk nak guna. Heheheh..
Kaler apa?
Hmm.. Nantilah kita citer2. 
Sekarang ni nak buat list apa yang patut dan tak patut. 
 
Nikah Theme. 

Untuk malam berinai & sanding tungguuu saya review ya. :)