Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Thursday 26 January 2012

Orang buat teaser, kita pun sibuk gak! ;p

Hai, Assalamualaikum..
Hahaha...
Hari ni ada masa terluang yang banyak.
Jadi nak tepek gambar yang saya dah janjikan.

Tapi, teaser aje dulu yek.
Full pic nanti lepas kahwin baru review banyak2.
Ini 3 barang yang kita beli kat Nilai hari tu. 
Hahaha..
Saya kelakar pulak pasal kelambu.
Si Dhiera dengan Iza komen pulak pasal kelambu kan.

Hmmm.. Ekceli macam ni.
Saya ingat nak beli set katil yang ada tiang setiap bucu tu.
Giler cantik kuttt!
Tapi memandangkan ruang bilik terhad, abaikan ajelah impian my mom tu!
Saya pun redha ajelah.
Konon nak ngadu kat Cintehati pasal tak dapat beli katil bertiang tu.
Tau dia jawab ape???
Kenapa nak katil macam tu?? Nak buat tarian tiang ke?? Huu.. I like!
Tak senonoh punya pemikiran! Huh...

Bila dah tak dapat beli,
My mom kata tak dapat buat kelambu kat katil tiang,
Dia beli kelambu untuk kepala katil!
Hahaha...
Kengkonon lepaslah hajat dia tu.
So classy la kelambu kepala katil tu.
Mana ada kut orang pakai sekarang? 
Even saya tak pernah terfikir pun.
Tapi, saya memang anak yang baik. Jadi ikut kata orang tua.
Hihhiihi

Ni la katilnya, kengkonon nak macam ni.
Tapi dah bilik kecil susah la.. :(

Gambar kat bawah ni saya ambik kat Wawa.
Pinjam gambar yer cik Wawa.


Agak2 dah tak jadi katil tarian tiang
Maybe nanti akan beli set biasa aje.
Say nak hias cantik2.
Saya cakap kat mak saya, 
Bilik saya deko saya keh.
Biarlah tak cantik di mata orang lain, 
asalkan cantik di mata saya.
Sebab saya yang akan huni bilik tu.
Apa salahnya ikut hiasan selera saya? Kan? Kan? 
Mak saya tak kisah langsung. 
Bahagian langsir pintu tingkap rumah saya bagi kat dia. 

Kat bawah ni contoh kelambu tu.
Rasanya sekarang dah tak trendy pun kan?
Saya pun kalau boleh nak biasa aje, then letak frame kat kepala katil.
Tapi, takpelah.. :)


Jeng, jeng, jeng.
Saya nak letak teaser dulu ni.
Meh la tengok. 

 Ini cadar pengantin

Ini pulak Kelambu.

Hehehe.
Tak sabar nak hias bilik sendiri. 
Bye!

Wednesday 25 January 2012

Nilai!

Hai koranggg..
Huhuhu.. lamanya saya tak update..
ayooo.. naik bersawang dah. Kawan2 pun dah lupa saya kuttt..
Hahaha...

Errmm.. 
Siang tadi pergi Nilai..
Habis sakit2 kaki semua. Macam nak pengsan shopping!
Tu pun tak habis lagi. 
Nanti next entry saya share gambar pulak ya! 

Oh, ya..
Tadi saya beli :-
 1) Doorgift (500 pcs dulu)
 2) Cadar Pengantin
 3) Kelambu

Ok. Bye!

Monday 16 January 2012

Songket Malam Berinai

Hai b2b semua..
Hihi.. Hari ni nak cerita pasal songket.
Hmm..

Malam Berinai nanti my mom dah request songket & akan jadi malam penuh tradisional.
Yeehaaa..
Rasa seronok pulak nak buat tema tradisional ni. 
Sebab kita sekarang ni mana nak fikir2 adat2 orang dulu2.

My mom orang Negeri Sembilan. 
Dia kata nak buat adat sikit2.
Saya kata kalau nak buat baik buat betul2.
My mom kata apa tau
Kau tak terlarat nak buat nanti. 
Hahaha.
Nampak sangat mesti adat2 yang susah2 kut.
Entah. 
Saya pun tak tau.

Apa2 pun mak saya nak songket.
Salah satu perkara akan saya buat
Sebelum masuk rumah akan 'cuci kaki' dulu.
Maybe renjis2 air mawar kut. 

Saya suka gambar2 songket tema yang saya nak ni. 
Jom tengok! 

Cantik tak?

Yang ni suka, tapi bahagian kain kurang berkenan.

Makeup Artist - Gee Cantik.
Tapikan.....
Kalau dapat macam ni.
Saya sanggup tido dengan baju ni.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Aaaaaaaaaa....
nakkkkkk!!!

Heee~

Hmm.. 
Lepas tu hajat saya kalau betul nak tradisonal,
sila usung saya.

^Bertandu^

Entri lain nanti saya cerita part Bertandu ni.

Tuesday 10 January 2012

Cincin Si Dia...

Hai, Assalamualaikum..
Sihat ke hari ni?
Saya ni masih tak sudah2 dengan sakit here & there..
Ni baru okay sikit.
Tapi batuk! Alahaiiii.. kencang sampai tidur malam tak lena. 
Bagusnya tengah2 malam sakit2 macam ni manja2 dengan suami tolong ambilkan air suam ke apa ke.
Hahaha... 
Apa-apalah Cik Nasha oi.. Tak sabar ler tu~

Hmm.. Saya jarang update blog tak bermakna saya tak baca blog2 b2b yang lain.
Baca blog korang semua sebahagian ubat untuk saya sihat.. (Senyum sambil hembus flu kat tisu)
Seronok baca blog b2b yang lain2. 
Macam2 progress...
Saya teringat beberapa hari lepas saya berbual mengenai cincin. 
Saya cakap saya nak bagi Cintehati saya cincin silver. 
Cincin silver sunnah Rasul kita kan. :) 
 Semua orang pun dah tau suasa itu haram kerana ada campuran emas. 
Korang semua mesti taulah kan. So, tak payahlah saya nak cerita panjang2 perihal suasa tu.

Jadi apa pilihan yng kita ada. 
Silver, Platinum, Palladium, Stainless Steel. 

Jadi bulat tekad saya pilih
SILVER. 

Jom tengok cincin silver yang cantik jom.
Cantikkan? Tapi agak tersangkut2 la kat baju kalau batu timbul macam ni.


Batu pepel tu sangat menarik perhatian!


Ini memang menangissss tengokk.. Paling berkenan.

Ini pun tak kurang canteknya.



Lagi simple lagi saya suka.


Wow. Cantiklah simple camni.

Okey jugakkan?

Ini pun cantik.

Dari T&C jangan cakaplah. Memang banyak cantik2. Tinggal pilih aje.
 
Hmmm...
Nasib baik Cintehati setuju untuk cincin silver. 
Dan dia setuju nak beli kat sini.
Bukan apa. 
Cintehati ni asal Kelantan. 
Ayah dia kerja sebagai Penilai Emas.
Jadi untuk elak kami ditipu oleh sesetengah kedai,
dia nak beli kat sana. Kat tempat ayah dia kerja. 

Saya pujuk dia.
Untuk cincin dia tu silver.
Tak salah kalau nak beli kat sini.
Kedai emas kat sini pun ada banyak jual silver.
Hehehe.

So sampai masa nanti kami akau survey cincin yang cantik2 dan harga yang berpatutan.
Biar mahal sikit asalkan puas hati.
Kita nak pakai cincin kahwin ni seumur hidupkan? 

Huuhuhu
Apa2 nanti akan diupdate lagi pasal cincin ni ya! 
Bye semua!

Friday 6 January 2012

Bile Ntah.....~

Hai, Assalamualaikum..
B2B semua sihat? Amacam preparation? Okey tak?
Hope semua berjalan lancar ya. 

Entri saya ni sepantas kilat je.
Tak tau nak cakap kat siapa.
Blog ajelah jadi peneman setia.
Hahaha..

Saya selalu ada masalah dengan TARIKH.
Dulu masa tunang pun, susah betul nak dapatkan TARIKH.
Macam tarikh nak langsung ni, saya sebenarnya sangatlah JELES bila B2B dah tau tarikh langsung. 
Sedangkan saya terkapai-kapai lagi. 
Saya diamkan aje. Tapi hari ni nak luahkanlah! 
Nak kata sedih tu tak. Terkilan pun jauh sekali.
Saya cuma risau.
Ikut janji, bertunang setahun.
Jadi kalau langsung bermakna bulan JUN. 

Kalau bulan JUN. 
Berapa bulan je lagi nak ke bulan JUN. 
Preparation memang buat, tapi ada satu perasaan tak seronoklah bila kita tak tau tarikh. 
Nak booking apa2 pun, terpaksa pending. 

Huaaahuaa...
Korang pernah tak kena camni?
Mesti tak kan?
Hurmmmmm..
Saya aje yang masih belum ada tarikh. 


Monday 2 January 2012

Jemput Masuk 2012.. Jangan malu2..


Hai, Assalamualaikum.
Huuu.. Lama saya tinggalkan blog.
Apa nak buat. 
Penghujung 2011 saya sakit teruk. 
Dua hari terlantar kat katil.
Ini pun bukan sihat sangat. 
Hmmmm..

Rasanya belum lambat nak ucap Selamat Tahun Baru 2012 kat semua kawan2...
Tahun ni bakal merubah status kebanyakan dari kita b2b kan? 
All the best kat semua ya. 

Ada masa dan sihat sepenuhnya saya update lagi. 
Jangan lupa saya ya! ;p