Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Saturday 18 August 2012

Raya Terakhir.......


Salam b2b's sekalian..
Hehehe..
Nak sambung tajuk kat atas cepat2..
Raya Terakhir sebagai seorang bujang
Tahun depan Insya-Allah sudah berdua.
Eh, entah2 bertiga tak??
Bahahaha..
Iyalah, tahun depan tu jauh lagi.
Majlis bulan 9 tahun ni.
Kalau ada rezeki datang pula orang baru.
Hehehe..
Mesti seronok!
Hahahha..

Oklah, nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua b2b's
dan silent reader blog saya.
Selamat membuat preparations kepada sesiapa yang berkahwin selepas raya 
macam SAYA.
Huhuhu..

Oklah, bye.

Tuesday 14 August 2012

Bunting Saya..

Salam b2b's sekalian...

Ini bunting saya.
Saya tempah kad kahwin dan dapat percuma satu bunting.
weee..
Seronok..
Actually kedai printing card tu kepunyaan jiran di taman saya.
Rezeki sayalah kut.

Ini dia..


Pilihan saya = A.

Saturday 11 August 2012

Bunting Pilihan..

Hai, b2b's...
Hari ni nak share pasal bunting atau banner.
Hmm..

Saja nak sertakan bunting2 yang menarik.
Kalau awak2 di luar sana akan pilih yang mana ya?
hehehehe..

Saja nak tau pendapat.
Sebab bunting saya dah siap pun.
hehehe..

A

B

C

D

E
F
Hehehe..
Maaflah..
Semua ini hasil gugel.
Kalau nak tau dari mana asal bunting2 ni
Bolehlah click untuk tumbesaran.
hehehe..

Saya punya?
Nantilah saya tunjuk.
Biasa2 aje..
Huhuhu..

Sunday 29 July 2012

Kasut Resepsi

Hai assalamualaikum b2b's sekalian..
Hehehe..

Hari ni nak tunjuk sikit kasut Resepsi saya.
Memandangkan kaki saya tak ada saiz kat butik.
Dengan gigihnya saya cari kasut untuk resepsi.
Sekali untuk nikah pun boleh.
Hehehe.

Ini dia..

Harap2 nampak cantik di kaki saya
Untuk pengetahuan.
Kasut ni saiz 3.
Hiiii..

Oklah. bye..

Sunday 22 July 2012

Jom renungkan..




Hai b2b's..
Saya jumpa artikel ni dalam satu blog. Iaitu blog Cinta Untuk Alon. Sejujurnya suka saya baca blog beliau dalam diam. Tetapi sekarang blognya nampak macam dah tak aktif. Hehehe.. Tapi artikel ni terasa best pulak nak kongsi.

Jom kita baca. Bila saya baca, rasa sebak menghurung dada. Betapa kita ini berkorban untuk sang suami. Menjaga dan melayan mereka seperti raja . Walaupun saya belum berkahwin dan hanya tinggal kurang lebih dua bulan sebelum bergelar isteri, saya rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada wanita dalam artikel ini. Kita jadikanlah cerita ini pengajaran dan ambillah note2 yang penting untuk kegunaan kita. Bagi saya, mungkin penampilan kita harus diberi keutamaan. Tapi.. Kalau sudah namanya lelaki, baik dan hebat macam mana pun kita melayan mereka, kalau dia nak buat, dia akan buat.. :)

Untuk renungan dan perhatian isteri2 dan bakal isteri... Buat Iktibar kita semua dan para suami / lelaki, renung2 kan lah.

Kisah benar yang terjadi kepada seorang isteri... dan ceritanya bermula begini..

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan2 tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan2 tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak, Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja..

Kebanyakan belanja rumah seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang menbayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah di katakan menarik jika dibandingkan saya, tinggi, putih dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya. Saya mengabdi diri seluruhnya untuk rumah tangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya,biasa shj kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru2 ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan,tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhir berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya, saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu shj tiada rangsanngan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang di lihat cantik,menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja,kuku saya pendek dan kadang2 rosak kerana memasak, rambut pulak kadang2 berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari, Perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya bert-shirt dan berkain batik.

Hari2 melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah, anak2.Tiada topik menarik seperti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik,carreer, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengaenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertama memang saya di lahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh menbuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi sy tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

Tuesday 17 July 2012

Bunga Telur Malam Berinai

Hai b2b's sekalian..
Macam mana preparations? 
ok?
Hehehe..

Ni nak tunjuk sikit Bunga Telur untuk Malam Berinai..
Harap2 akan nampak okey bila dah duduk terhias kat atas pelamin nanti..
Hehehe..

Saya buat sendiri aje.
Pakai crepe paper.
So jadilah bungat telur tisu.
hehehe..


Taraaa..
Hahaha..
abaikan isinya tu ya.
Saya saya letak buah Lai nak kasi extreme sikit..
Hahaha...

Wednesday 4 July 2012

Membantu Amalan Mulia. ;p

Hai b2b's..
hehehe..
Saya terharu ada orang sudi tolong saya untuk gunting-guntingkan sticker yang saya DIY sendiri.
Simple sajaaa..
Malam nak tempah2.
Tempah pun cost jugak..
Lagipun saya pasti ada yang akan tanggalkan sticker tu. 
Baik saya buat sendiri, print sendiri.
Jimat pun jimat.
Kalau lepas tu orang nak buang pun
tak adalah rasa terkilan sangat. 
Hahaha..

Kesian dia yang menjadi mangsa..
Hahaha..



 Hehehe..
Sticker ni untuk lekatkan dekat spice jar.
Sangat menjimatkan.
Ok, jumpa lagi!

Wednesday 27 June 2012

HIV Test!

Hai b2b's sekalian..
Seperti yang dijanjikan saya nak cerita kisah menarik sewaktu saya buat HIV test ni..
Ngeee..~
ENTRI NI PANJANG YA. SAJA NAK CERITA DETAILS.

Sehari sebelum test, saya tak dapat nak lelapkan mata.
Entah kenapa saya ni penakut yang amat. 
Selagi tak selesai HIV test ni selagi tu la saya ni tak tenteram dan tak ada mood manjang. 
Nak search pasal wedding outfits ke, hantaran ke, doorgift ke, mesti tak ada mood. 
Waahh.. Hebat betul penangan HIV Test ni bagi saya.
Tapi apa nak hairan, dah saya ni memang penakut dengan perkara yang berkaitan dengan hospital/klinik. 

Appointment pukul 2.30 petang
tapi rasanya sebelum pukul 2.00 kami dah tunggu kat sana.
Duduklah dalam kereta, berbual2, bergurau senda sementara nak tunggu pukul 2.30.
Waktu ni saya dah minum air mineral macam orang gila.
Kalau nak tau saya susah nak minum air masak.
Sebabkan saya dah tau kat sini nanti saya kena buat urine test, jadi minumlah banyak2 supaya kencing saya putih suci aje. wawawaaaa...

Tepat 2.30pm kami terus menuju ke dalam klinik.
Disebabkan saya ni rajin membaca blog dan search macam2, saya terus cari tangga nak naik ke tingkat 1. 
Tapi Cintehati kata suruh saya tanya kat kaunter
Ish! Orang dah tau steplah! :-/
Tapi ikutkan ajelah.
Tanya pun nurse tu cakap benda yang sama, naik tingkat 1.

Sampai kat atas, memang dah ada kaunter untuk daftar HIV test,
Nurse tu tunjuk buku suruh cek nama yang kita dah buat appointment by phone hari tu.
Ada, terus tick.
Kemudian dia bagi borang.
Ayoo.. Banyak borangnyaaa! Lenguh tangan nak tulis.
Sorielah ya, takde gambar borang.
Tapi yang pasti borang untuk perempuan banyak dari lelaki.
Ada borang untuk HIV Test, borang saringan pra-kehamilan, satu lagi borang survey pasal kesihatan serta sejarah kesihatan keluarga. Huhu..

Setel isi borang terus turun bawah ambik nombor.
Sekejap aje dah kena panggil sebab masa saya buat tu tak ramai orang kat klinik pun.
Bila proses HIV test dah berjalan, saya hal saya, cintehati hal cintehati.
Dulu saya ingt sama2 kena cucuk, sama2 masuk bilik, sama2 dapat result.
Rupanya tak pun. Hihi. (Gatai~)

Proses perempuan banyak kerenah. Lelaki kejap aje.
Lepas panggil no, daftar bayar RM1.
Kemudian diarahkan terus ke kaunter A untuk timbang berat dan ukur tinggi. Cek tekanan darah sekali.
Kat sini dah kelakar dah.
Nurse tu tanya agak2 berat dan tinggi berapa.
Saya pun jawablah dengan jujur.
Dah tau dah nurse tu memang malas la tu nak ukur tinggi & ambik berat. Hihhi..
Kemudian dia cek tekanan darah saya.
Jantung saya dah dup dap dup dap.
Maklumlah, penakut~
Terjadilah perbualan ni.

Nurse : Kuat betul jantung awak ni.
Saya : Hah? Yeke.. (rasa macam cuba control jantung td)
Nurse : Kuat debor awak ni. Debor pengantin ke? Bila nak kahwin?
Saya : Bulan 9.
Nurse : Awak takut ke?
Saya : Takut jugak. Sebab jarang masuk hospital.
Nurse : (Tersenyum sambil tulis sesuatu dalam borang). Nah, ambik borang ni letak kat kaunter 13.
Saya : Tak ada apa2 kan? (muka cuak)
Nurse : Tak adalah... (nada gurau)
*Tak sangka saya jumpa cik2 nurse yang ramah dan baik2. Selalu saya dgr cerita nurse semua garang dan muka ketat. hihi..*

Kaunter 13 sebelah kaunter A aje. So duduklah tunggu nombor dipanggil. Cintehati saya dah selamat kena cucuk kat jari.Tinggal tunggu result kemudian cek berat & tinggi, dah boleh balik. ~,~
Tak lama lepas tu nombor dipanggil.
Kali ni nurse lelaki pulak. Soft betul cara dia bagi arahan kat saya. Dia nak ambik darah kat lengan.
Saya dah tak terkejut dah sebab saya dah taukan.. Kena ambik talasemia sekali. Hehe..
Bagi aje lengan dia letak sikit kapas sejuk2.. Lepas tu amik darah saya.
Mula2 darah tak keluar walaupun dia dah tarik picagari tu.
Lepas tu saya tengok memancut darah saya keluar. Kaler nak warna hitam dah. Pekat gila.
Teringin nak tanya nurse tu macam mana nak tau kita ni darah type apa?
Huhu.. Tapi malulerr..
Rasanya saya darah 'O'
Ini gambar lepas amik darah.

Ada nampak kesan merah lepas kena cucuk tak? Hihihi..

Setel part amik darah kena bawak pulak darah yang satu botol kecik tu ke makmal.
Bagi kat nurse tu then tunggu kejap.
Nama dipanggil, dia bagi botol kecik suruh kencing then letak kat tingkap.
Setel kencing saya tunggu lagi.
Nama kena panggil tapi termalu kejap sebab ada dua nama sama. Bukan saya! Weee~
Lepas tu dia panggil ambik result bawak pergi ke bilik pemeriksaan 7.
Saya ingat dia nak cek body.
Alah!! Tak selesa laaa...
Dah la masa masuk tu, doktor dengan pembantu dia lelaki. Saya tunggu la kejap kat sebelah pembantu lelaki tu sementara tunggu ada aci ni cek. demam kut.
Pembantu tu sengih2. Rasa nak tanya aje apa hal??
Tapi bila tengok dia tengok saya sambil senyum2, tengok result lepas tu geleng2 kepala. Saya nekad tanya.

Saya : Kenapa?? Ada apa2 yang tak kena ke?
Pembantu : Haihh.. susah nak cakap. (Geleng kepala)
Saya : Bagitau la kenapa??
Pembantu : Awak tak boleh kawin.

Dang!! Saya dah cuak. Saya memang cepat cuak dan menggelabah. Mulalah muka saya berubah. Saya rasa pembantu tu memang boleh baca air muka saya. Hahaha..
Lepas tu doc panggil saya.
Doc tu rileks sajaaa..
Hensem tapi macam mamak2 sikit.
Hihi..

Doc : So bila kahwin?
Saya : Bulan 9.
Doc : (angguk2) Awak tak ada apa2 masalah.
Saya : Yeay. Boleh kahwin. (Sengih)
Doc : Yes.. Boleh kahwin. Talasemia tak ada, Hiv tak ada.

Saya sangat suka. Saya pandang pembantu tadi. Dia gelak2 aje. Cisss!
Saya tarik nafas lega.
 Saya tinjau2 apa yang doc tu tulis. Dia macam faham apa niat saya so dia pun terangkan la apa makna2 tulisan tu.

Doc : I hairanlah. Siapa cakap kalau ada Talasemia tak boleh kawin??
Saya : Saya pun baca aje doc.
Doc : Salah tau. Penghidap talasemia boleh kahwin. Nothing's wrong with that.
Saya : Tapi kalau dua2 carier, tak boleh kan doc?
Doc : Boleh! You boleh kahwin. But we akan suggest not to have children. Tapi kita tak larang mereka kahwin. Tak ada masalah pun untuk kahwin. Kalau I ada HIV sekalipun, I boleh kahwin kalau I nak. Cuma, bergantung pada pasangan kita sanggup atau tak nak kahwin dengan kita.
Saya : (Angguk ajelah).
Doc : Dengar sini, kalau ada siapa2 kata talasemia tak boleh kahwin, you cakap dengan I, I akan kahwin dengan you, okay!

Saya dengan pembantu tadi terus gelak. Alahai doctor.. Awak tu hensem tau.. Nasib saya tak cair. Hahahaha..
*Mula2 saya ingat dia india, rupanya melayu.*
Keluar dengan sengih yang panjang dan hati yang tenang.

Selesai satu perkara!
Ok, bye. Jumpa next entry pulak.. :)

Friday 22 June 2012

Appointment : HIV.

 
Hai b2b's sekalian..
hehehe..
Baru nak update blog ni. Jadi saya mulakan update pertama selepas menyepi sekian lama dengan menceritakan pengalaman buat appointment untuk HIV Test.

Phewww..
Tak semudah dijangka sebenarnya ya kawan2..
Saya called hampir semua klinik yang berhampiran sekitar Klang. 
Sebab saya nak tau yang paling terbaik untuk buat appointment. 
Lagipun, masa saya nak buat appointment saya tanya Cintehati saya dulu.
Dia kata nak mintak buat 4 June 2012. 
Senang untuk dia apply cuti sebab tempat kerja dia kena seminggu notis untuk cuti.
huhuhuhu..

So saya ikutkan ajelah. Sebab saya tak ada masalah tentang cuti memandangkan penulis novel sepenuh masa macam saya hanya bekerja di rumah.
Dah tahu hari apa nak cuti saya pun pagi-pagi dah called klinik. 
Maklumlah, pagi2 cik-cik nurse mesti semua sedang bersemangat nak teruskan kerja.
Hehehe..

Mula2 saya called klinik Bandar Botanic, Klang. 
Lelaki yang angkat. Jadi saya tanya nak buat appointment untuk Hiv Test. 
Dia kata tak payah appointment cik. Datang aje ke sini dari hari Isnin sampai Khamis. Jumaat kami tak buat. 
Saya kata okey. Kemudian letak telefon. 
Called balik Cintehati. 
Dia kata lebih baik jangan ambik yang tak ada appointment. 
Belum tentu selamat kedudukan yang tak buat appointment ni. 
Betul jugak. 
Buatnya ramai dan tak sempat nak buat semua, kan sia-sia aje Cintehati cuti. 
So dah tolak tepi. 
Saya called pulak klinik Bukit Kuda.
Okey, Ini menguji kesabaran. 
Mula2 called memang ada orang angkat, tapi bila dia pass line kat orang yang sepatutnya, 
tak berangkat-angkat. 
Saya letak dan called lagi sekali.
Kali ni Encik Nurse pulak yang angkat. 
So sekali lagi saya cakap nak buat Hiv Test.
Dia pun pass line. Tak jugak angkat2. 

Menyampah punya pasal, saya called pulak Klinik Aneka. 
Cik Nurse angkat dan pass kat orang yang sepatutnya.
Tapi Klinik Aneka tak buat appointment by phone plak dahhh..
Kena datang sana buat appointment. Buat appointment tu pun belum tentu hari tu jugak akan dia buat Hiv Test. Kena la tunggu lagi hari lain. Saya kalau boleh tak nak lambat-lambat.Nak setelkan hal remeh-temeh ni cepat2. Kita banyak benda lain yang menunggu kan. Hehehe...
So x jadi jugak kat sana.

Last sekali saya called Klinik Sekyen 7, Shah Alam.
Okey kali ni boleh buat appointment. Yeay! Suka!
Makanya appointment kami 4 June 2012 hari tu..

Next entry saya cerita pulak pengalaman saya kat sana ya! 
Akan jadi story yang sangat menarik! 
:p

Wednesday 20 June 2012

Sepi Tanpa Cinta

Wahhh.. 
Tajuk tak menahan..
Haipp.. Harap tak ada yang fikir terlalu luas mengenai tajuk ni.
Hahaha..

Sepi dari blog. Menyepikan diri?
Taklah...
Tapi saya ni macam tak konsisten update blog.
Malas pun iya.
Padahal banyak perkara nak story.

Apa kata saya nak mula balik.
Saya ada baca beberapa blog.
Ramai kawan2 b2b yang dah pun selamat jadi isteri orang.
Sedihnya sebab tak dapat ucapkan tahniah awal2.
tau2 aje mereka dah kongsikan tentang journey pregnancy pulak...
Walaupun wedding preps saya banyak yang dah selesai,
tak salah kut kalau baru nak kongsi?
Hahaha...

Saya nak kongsi.
Teringin nak kongsi.
Tapi..
Where di I start??
Dah lama tinggal jadi blur pulak nak update blog.
Hehehehe..

Saya harap saya dapat mulakan semula..
Wahh! 
Insya-Allah.
Nanti nak update apa yang perlu.
Hehehe...
Itu pun kalau ada yang masih ingat saya. 
Lalala...

Wednesday 29 February 2012

One Dream Veil Contest

Hai b2b's...
Wah..wah..
Entah semangat apa yang datang..
Tiba2 mau join contest..
Bukan apa, contestnya sangat menarik. 
Veil..

Penting tau veil ni.
Ia akan membantu memperindahkan kamu..
Acececehhh..
Kalau menang, kan besssttt..
Huuhuu..
Berangan ajelah awak Cik Nasha~

Apa2 pun nak joinlah mana tau ada luck pulak.

Ini dia..

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'

**Tantalizing**

Urrmm..urrmm.. 
Okey kut..

Nak join??
Here:

Interested to join? It's so easy and simple
  1. Be my follower on Adria Cottage & ChintaAidaIskandar
  2. Post a veil picture with a magic word. (That's mean, 1 picture and 1 word caption. No need an essay)
  3. Share with or tag a B2B 2012 and inform her about this
  4. Drop a comment below to notify me, so i can visit u back
  5. Didn't have blog? No worries, you may email me at fainie_riz@yahoo.com

Competition conditions:
  1. Brides and grooms who will get married in this year
  2. Participation of the whole Malaysia are welcomed
  3. Closing date for entries on 31 March 2012
  4.  Judgement is based on creativity and uniqueness.
  5.  All judges decisions are final
    Saya nak war-warkan pada siapaa??
    Hmm..
     Apa kata..

    Tuesday 28 February 2012

    Misi Ke Sayangku..

    Hai b2b sekalian..
    Hehehe..
    Hari tu saya menjalankan misi ke kedai Sayangku yang terletak kat bandar Klang.
    Kat sana pun boleh lama. 
    Beratus2 habis kat situ.
    Hahhaa..

    Apa saya beli?
    Hmmm..
    Saya beli benda2 nak buat bunga telut untuk Malam Berinai saya.
    Weee..
    Terasa seronok bila buat bunga telur sendiri.
    Rasa tak sabar nak kahwin!
    Ahaks!!

    Jom layan gambarlah. 

    My mom super excited ke sana. Hahaha.

     Ini kira mak angkat saya. Saya panggil dia Mak Raja.
    Mak Raja ni rajin bawak mak saya jalan2.
    Al-maklumlah, member rapat katakan.

    Belasah ambik dalam kedai ni.
    Padahal dah terang2 kata tak boleh ambik gambar.
    Hhihih..

    Nak tengok tak sipi2 bunga telut saya?? Hahaha..
    Kira ni tengah menjalankan projeklah ni.

    Lalala..

    Ok b2b! 
    Bye! 
    :D

    Monday 13 February 2012

    Save The Date

    Hai, assalamualaikum b2b semua..
    Hehehe..
    Saya nak bagitau sesuatu ni! 
    Rasa2nya daripada tajuk entry pn korang mesti dah tau kan..
    Hhuhuhu..
    Lepas saya luah perasaan kat Group b2b hari tu,
    saya nangis2 kat tunang saya..
    Siap tersedu-sedan ni!
    Sabooo ajelah..

    Memula masa FMIL cakap tu saya tahan aje dalam hati.
    Dia kata nak buat 6 Mei 2012.
    Saya terkejut sebenarnya. 
    Kecut perut pun ada.
    Sebab cepat sangat!
    Sebelum2 ni saya cakap kat tunang, cepat2lah confirmkan tarikh.
    Tak boleh nak lambat2 ni..
    Banyak urusan.
    Lagipun tarikh yang FMIL pilih tu sangatlah pack dengan kenduri-kendara sedara mara.
    Saya ni pula akan senang gelabah kalau benda last minit. 
    Huhaha..

    Saya cakap kat tunang,
    Kalau kena kahwin bulan 5 ni.
    Memang saya kena KAHWIN PAKSA.
    Huahaha..

    Lepas FMIL call mak saya.
    Mak saya pun terangkan keadaan sebenar.
    Akhirnya FMIl pun ok.
    Dia kata tarikh yang dia bagi tu sebenarnya cadangan. 
    Dia call pun sebab nak kata persetujuan,
    Kalau tak dapat bulan 5, tak apa. 
    Fiuuu~
    Lega~


    Nadia - Nama sebenar saya.
    Mr. S - Nama tunang.

    Heeeee~
    Syoknya! 

    Wednesday 8 February 2012

    Kursus Kahwin : DONE:

    Hai, Assalamualaikum..
    b2b semua amacam? Sihat?

    Hari ni nak bagitau yang saya dah selamat pun berkursus kahwin.
    Ustaz kata dah boleh kahwin.. Yiiihaaa..

    Saya pergi kursus kat Shah Alam tapi cawangan Petaling. 
    Sebab cawangan Shah Alam dah penuh sampai bulan 3.

    Hmmm.. Komen?
    Ceramah, isi kandungan semua lengkap.
    Penceramah tip-top.
    Cuma kekangan masa membuatkan banyak benda yang penceramah skip.
    Masa dua slot tu dikendalikan seorang ustazah.
    Ya ampun..
    Ingatkan ala2 muslimah ceramah time tuh.
    Tapi memang gelak tak ingat punyalah.
    Dia siap kata, masa dia ceramah dekat cawangan Shah Alam tadi, semua pasif.
    Masuk aje cawangan Petaling, semua berebut nak bercakap. 
    Hahaha.

    Tak kisahlah.
    Yang penting selesai satu perkara. 

    So, inilah buktinya...


    Yeay! Dah boleh kahwin!


    Hal berkaitan dengan dokumen.
    Memang saya tak puas hati.
    Tak mengujakan.
    Kalau cawangan Shah Alam, banyak dapat macam2. 
    Siap pakej promosi spa pn dapat.
    Itu masa kawan saya pergilah.
    Sekarang tak tau. :)


    Nampak tak saya rajin?
    Bahaha...
    Siap salin nota.
    Lepas tu entah baca ke tak tak tau lah! ;p

    Dan..
    Gambar paling best.
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -


    Rasa nak ngorat dia aje ajak kawin! 
    Bluek! :p

    Tuesday 7 February 2012

    Guestbook Corner? Book? Novel?

    Hai, Assalamualaikum b2b semua..
    Sebelum tu nak wish Selamat Menyambut Maulidur-rasul. 
    Hmmm...

    Ada benda nak cerita. 
    Tapi, saya rasa kalau saya buat idea yang saya terbitkan ni, macam saya aje kut yang buat?
    Kalau ada yang buat, sila bagitau saya ya.

    Memandangkan di kalangan kawan2 sedara mara, jiran tetangga, semua tau saya ini adalah
    PENULIS from FAJAR PAKEER SDN. BHD. dengan nama pena HANNY ESANDRA. 
    (Kalau ada b2b yg curious nak tau, silalah gugel.)
    Jadi saya gunakan sepenuhnya. 
    Cadang saya, kalau saya jadi buat guestbook corner, saya nak letak semua hasil novel saya.
    Jadinya kalau ada sesiapa yang nak beli pun boleh.
    Ok tak? Ok tak?
    Heee...~

    Berangan aje dulu ni.
    Kalau jadi, saya akan tunjuk gambar.
    Nak cari contoh macam tak ada yang buat pun. 
    Dan.. saya nak kongsi dua keping gambar kawan yang sealiran dengan saya.
    Tak terfikir nak buat macam ni. 
    Nanti nak minta OP saya nanti buat satu mcm ni.


    Ini kawan saya.
    Dia pun penulis under Fajar Pakeer dan Kaki Novel.
    Tu novel dia dengan tajuk KERANA CINTA by EZI AFIZA.
    So bagi saya kenapa tak gunakan sepenuhnya?
    Tajuk novel selalu melambangkan cinta. 
    Memang kenalahkan pasangan pengantin pun memang dilamun cinta. 
    Nakkkk macam niiii!


    Okey, ini unik.
    Saya belum pernah tengok.
    Kalau ada yang dah tengok, kira takdelah terkejut sangatkan.
    Tapi masa saya tengok gambar ni, saya terkejut sangat.
    Macam mana gigih betul pengantin ni masuk dalam air (tasik buatan kut?) tu ya?
    OP dia pun berusaha keras nak kasi shot cantik. 
    OP dia dah masuk dalam air dulu, then baru pengantin. 
    Hehehe..
    (Terus saya terpk tasik mana saya nak terjun nanti, kalau nak gambar macam ni?)
    Bahahaha!!


    Dan...
    Ini.. Saya.
    *malu*
    Bye!

    Thursday 2 February 2012

    Susahnya nak pilih...

    Hai, Assalamualaikum semua..
    Hmmm...
    Sekarang ni saya nak fikir pasal VIP doorgiftpulak..
    Untuk tetamu biasa dah setel doorgiftnya.
    Gambar atas nilah doorgift untuk yang tetamu biasa.
    Jadi entah kenapa saya rasa susah pulak nak cari yang lebih istimewa dari jar ni.
    Apalah agaknya nak bagi yaa! 


    Doorgift dr blog Adawiyah ni pun cantik jugak. Ala-ala kereta kudakan?
    Feeling princess giteeww..
    Tapi, agaknya kereta ni lagi special dr jar tu ke tak?
    Alahh.. pening.. Takut pulak ada yang kata jar tu lagi special dr kereta kuda ni.
    Hmmm...

    Lain2??


    Frame ni cantik jugakkan? 
    Ini Cik Kerry yang bagi idea. 
    Huhuhu..
    Masuk list.


    Coin purse?
    Hmmm.. 
    Yang macam ni ada 2 design.
    Satu yang macam ni, satu lagi 3 segi.


    Candle!
    Cantikkan?
    Tapi.. Saya dah bagi candle waktu bertunang.
    Takkan candle lagi.
    Kang nanti dorang cop saya ni muka candle lak?
    Huhuhu...


    Scented Rose Soap?
    Hmm.. Ini masa saya pergi nilai berlambak-lambak.
    Tapi saya lalu aje sebelah dia.
    Tengok pun sepintas lalu.
    Tapi memang ada terfikir dalam kepala pun.
    Maknanya rose soap ni masuk list. ;p


    Apa ni?
    Cupcake..
    Yes. Cupcake tapi kain la.
    Hahaha...
    Cantiknya...
    Agak2 diorang simpan tak? Hihihi

    Alahai...
    Rambang mata. Banyak pilihan.
    Tak tau nak bagi apa.
    Kalau banyak duit, rasa nak beli semua sumbat dalam satu beg! 
    Phew!
    *flip tudung*

    p/s : Gambar semua saya cilok google. Maaf sebab tak ada link.

    Thursday 26 January 2012

    Orang buat teaser, kita pun sibuk gak! ;p

    Hai, Assalamualaikum..
    Hahaha...
    Hari ni ada masa terluang yang banyak.
    Jadi nak tepek gambar yang saya dah janjikan.

    Tapi, teaser aje dulu yek.
    Full pic nanti lepas kahwin baru review banyak2.
    Ini 3 barang yang kita beli kat Nilai hari tu. 
    Hahaha..
    Saya kelakar pulak pasal kelambu.
    Si Dhiera dengan Iza komen pulak pasal kelambu kan.

    Hmmm.. Ekceli macam ni.
    Saya ingat nak beli set katil yang ada tiang setiap bucu tu.
    Giler cantik kuttt!
    Tapi memandangkan ruang bilik terhad, abaikan ajelah impian my mom tu!
    Saya pun redha ajelah.
    Konon nak ngadu kat Cintehati pasal tak dapat beli katil bertiang tu.
    Tau dia jawab ape???
    Kenapa nak katil macam tu?? Nak buat tarian tiang ke?? Huu.. I like!
    Tak senonoh punya pemikiran! Huh...

    Bila dah tak dapat beli,
    My mom kata tak dapat buat kelambu kat katil tiang,
    Dia beli kelambu untuk kepala katil!
    Hahaha...
    Kengkonon lepaslah hajat dia tu.
    So classy la kelambu kepala katil tu.
    Mana ada kut orang pakai sekarang? 
    Even saya tak pernah terfikir pun.
    Tapi, saya memang anak yang baik. Jadi ikut kata orang tua.
    Hihhiihi

    Ni la katilnya, kengkonon nak macam ni.
    Tapi dah bilik kecil susah la.. :(

    Gambar kat bawah ni saya ambik kat Wawa.
    Pinjam gambar yer cik Wawa.


    Agak2 dah tak jadi katil tarian tiang
    Maybe nanti akan beli set biasa aje.
    Say nak hias cantik2.
    Saya cakap kat mak saya, 
    Bilik saya deko saya keh.
    Biarlah tak cantik di mata orang lain, 
    asalkan cantik di mata saya.
    Sebab saya yang akan huni bilik tu.
    Apa salahnya ikut hiasan selera saya? Kan? Kan? 
    Mak saya tak kisah langsung. 
    Bahagian langsir pintu tingkap rumah saya bagi kat dia. 

    Kat bawah ni contoh kelambu tu.
    Rasanya sekarang dah tak trendy pun kan?
    Saya pun kalau boleh nak biasa aje, then letak frame kat kepala katil.
    Tapi, takpelah.. :)


    Jeng, jeng, jeng.
    Saya nak letak teaser dulu ni.
    Meh la tengok. 

     Ini cadar pengantin

    Ini pulak Kelambu.

    Hehehe.
    Tak sabar nak hias bilik sendiri. 
    Bye!

    Wednesday 25 January 2012

    Nilai!

    Hai koranggg..
    Huhuhu.. lamanya saya tak update..
    ayooo.. naik bersawang dah. Kawan2 pun dah lupa saya kuttt..
    Hahaha...

    Errmm.. 
    Siang tadi pergi Nilai..
    Habis sakit2 kaki semua. Macam nak pengsan shopping!
    Tu pun tak habis lagi. 
    Nanti next entry saya share gambar pulak ya! 

    Oh, ya..
    Tadi saya beli :-
     1) Doorgift (500 pcs dulu)
     2) Cadar Pengantin
     3) Kelambu

    Ok. Bye!

    Monday 16 January 2012

    Songket Malam Berinai

    Hai b2b semua..
    Hihi.. Hari ni nak cerita pasal songket.
    Hmm..

    Malam Berinai nanti my mom dah request songket & akan jadi malam penuh tradisional.
    Yeehaaa..
    Rasa seronok pulak nak buat tema tradisional ni. 
    Sebab kita sekarang ni mana nak fikir2 adat2 orang dulu2.

    My mom orang Negeri Sembilan. 
    Dia kata nak buat adat sikit2.
    Saya kata kalau nak buat baik buat betul2.
    My mom kata apa tau
    Kau tak terlarat nak buat nanti. 
    Hahaha.
    Nampak sangat mesti adat2 yang susah2 kut.
    Entah. 
    Saya pun tak tau.

    Apa2 pun mak saya nak songket.
    Salah satu perkara akan saya buat
    Sebelum masuk rumah akan 'cuci kaki' dulu.
    Maybe renjis2 air mawar kut. 

    Saya suka gambar2 songket tema yang saya nak ni. 
    Jom tengok! 

    Cantik tak?

    Yang ni suka, tapi bahagian kain kurang berkenan.

    Makeup Artist - Gee Cantik.
    Tapikan.....
    Kalau dapat macam ni.
    Saya sanggup tido dengan baju ni.

    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -
    -


    Aaaaaaaaaa....
    nakkkkkk!!!

    Heee~

    Hmm.. 
    Lepas tu hajat saya kalau betul nak tradisonal,
    sila usung saya.

    ^Bertandu^

    Entri lain nanti saya cerita part Bertandu ni.