Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, 20 July 2011

Apa harus dibuat?



Hai semua...

Semalam berjumpa dengan kawan saya. Kawan saya bawa pulak adik dia. Adik dia berdarah manis. Bulan 10 ni langsunglah perkahwinan dia kat Putrajaya tu.

Kemudian kawan saya tanya kpd saya, 'Ko bile lagi?' Ok, saya faham maksud dia. Saya cakap setahun lagi. Dia tanya persiapan, tema dsb. Hmm...jujur sebenarnya saya katakan, saya taktau nak mulakan yang mana satu. Bak kata adik dia, sebenarnya yang merumitkan tu perkara-perkara kecik. Kalau nak diikutkan, bila disenaraikan, tak sampai sepuluh perkara pun yang nak dibuat. Benda jadi serabut tu sebenarnya atas diri kita sendiri. 

Saya pun fikir ada logiknya juga. Tapi entahlah. Mak saya kata, setahun tak lama. Lepas raya ni dah kena mula sikit-sikit. Saya kena banyak buat research. Tapi, saya tak tau apa yang nak dibuat dulu? Memang kalau boleh saya nak buat dari awal supaya saya senang dikemudian hari. 

Apa yang saya mulakan sekarang adalah pencarian tema. Warna apa yang akan menjadi hari bahagia saya nanti. Warna apa pula untuk malam berinai nanti. Saya memang banyak simpan koleksi2 gambar mana2 yang saya berkenan. Huuu.. 

Semoga Allah permudahkan jalan saya untuk mendirikan masjid. Amin. 

3 comments:

rara pinkmafia said...

aminnnn rara doakan.

anaztasias nora aira said...

hiiii salam kenal b2b =)

saya folo dan link kamu. jom exchange link =)

nora aira
http://norapurplebridez.blogspot.com

Cik Nasha said...

rara,
thanksss .. ;)

nora aira,
haii! excited ni.. :)