Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Saturday 9 July 2011

Pembukaan Rasmi

Dengan ucapan Bismillah, I membuka blog rasmi ini. 

Blog ini bertujuan untuk menceritakan kisah-kisah perjalanan cerita cinta saya dengan My Cintehati. Tunang saya. Di samping itu saya juga akan berkongsi perjalanan cerita saya yang bakal menjadi pengantin dalam masa setahun lagi. Berkongsi apa yang saya beli. Berkongsi idea saya. Berkongsi suka duka saya dalam menempuh detik-detik menjadi isteri. Sesudah menjadi isteri (Insya-Allah). Bakal bergelar ibu (Insya-Allah). Pendek kata, diari hidup seharian saya. Hehehe...

Tak dilupakan juga suka saya nak berkongsi tips2 hidup berumahtangga supaya hubungan kekal harmonis. Berbagai-bagai tips dan panduan yang saya  dah baca dan akan saya kongsikan. Feel free to read. :-)

Nak diingatkan. Saya tak berani nak kata blog ini adalah blog tentang B2B. Tapi kalau satu hari blog ini dikenali sebagai blog B2B, saya senang hati. :-) sama-samalah kita doakan. 

Saya ni seorang yang romantis tetapi Cintehati saya tidak. (Menangis sekejap)~ Tetapi jauh di sudut hati saya redha kerana inilah pasangan yang Allah ciptakan untuk saya. Insya-Allah. Saya memang suka tulis diari semenjak zaman sekolah dan tidak terhenti di situ bila saya tahu dan saya memilih kerjaya yang paling tepat dan paling dekat dengan diri saya. Penulis. Author. Novelis. Alhamdulillah. Zaman dah berubah. Internet adalah keperluan sekarang bukan kehendak. Jadi saya gunakan sebaiknya dan terlahirlah blog ini. The Love & Story. :-)

Saya harap ramai yang sudi menjengah blog saya yang masih hijau ni. Ini langkah pertama saya. Amin.

No comments: