Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Monday, 5 December 2011

Review : Hantaran Tunang..

Hai, assalamualaikum semua..

Hmm.. Hari ni semak2 balik blog..
Baru perasaan yang hantaran2 yang saya DIY sendiri tak letak dalam ni.. uhuuhu..

Ok, b2b semua yang comel2 bolehlah tengok hantaran yang hampir kesemuanya saya DIY sendiri.
Nak kata tangan saya ni berseni macam Intan Norazam tu memang bagai langit dengan bumi la..
Memang saya sangat 'menabik spring' kat dia. Jeles sangat pun ada. Tapi bak kata orang, ukur baju di badan sendiri. Kalau dah tau tangan tu adalah sangat 'krastangan' bukan 'kraftangan' jangan mimpi la..hahahah...

Memang mencabar bila saya dah decide nak kaler turquoise + kuning. Perbelanjaan tak payah ceritalah. Sebab apa yang nak dibeli untuk hiasan harus 2 kaler tu. Yeehaa.. Meriah! 

Semua macam takut bila dah decide kaler tu. Tapi saya percaya naluri hati.. (ecehh.) Saya rasa kaler tu cantik riang ria warna-warni. Hehehe...

So, sapa2 yang nak tema combination macam saya, dan nak tgk contoh, inilah dia. Haruslah dikongsi bersama. 

>
>
>
<
<
<

Songkok & Sejadah + Tasbih.

Sirih Junjung

Buah-buahan

Eh, terselit pulak. Ehehe..

Bunga Rampai. Gigih saya tampal labuci tu tau~

Kain + Samping Nikah

Kasut + Stokin

Coklat

Kek

Coklat

Sirih Junjung ( View dr atas)

Tart (Last minit nak cukupkan ganjil)
Hehehee..
Sesekali uji mata awak2 semua tak apakan. Terang dan meriah warnanya. Hehehe.. 
So, inilah hasil kerja yang tak seberapa. 
Walaupun x secantik yang ditempah kat butik2 tu, tapi saya sangat hargai usaha2 saya dan kakak ipar dan jugak mak saya. Huhuhu..

Tema : Dibakulku Ada Bulu.. Hahaha.. Okey x??

4 comments:

Epa Zarifa said...

ahahaha, suke ayat last! ;)

sitinazirah86 said...

wahh,meriah kaler..cantik juga kan turquoise + kuning

~misshuny~ said...

cantik..=)..kreatif gak..

Cik Nasha said...

thanks sume.. :) luv2!