Tik Tok

Daisypath Wedding tickers

Wednesday, 7 December 2011

Teringin Nak Buat...

 Hai, assalamualaikum...
Hmmm... Hujung minggu hari tu keluar dengan Cintehati. 
Jalan2 kat Jusco Bukit Tinggi, Klang.
Hajat hati nak ke Daiso. 
Sebab nak tengok kotak2 yang comel nak buat untuk hantaran.
Tapi.. nampak macam dah banyak yang comel2 dah habis..
Saya yang nak shopping, Cintehati yang membeli-belah kat situ.
Siap beli bekas untuk ikan laga dia. Haila... tunang saya ni! 
Orang sibuk dengan wedding preps boleh lagi dia sibuk dengan anak2 angkat dia. :)
Setakat ni dia ada :
2 ekor ikan laga
1 ekor kelisa
1 ekor sugar glider

Haiiiyaaa.. Nasib baik dia dapat tunang yang suka juga dengan binatang. Kalau yang tak suka, mesti boleh bermasam muka. :) Eh.. Dah2. Membebel pulakkkk..

Lepas dapat apa yang nak kat Daiso, saya ajak ke Popular. (Kalau dah nama penulis ni mmg tak sah kalau tak masuk)~
Bila masuk saya pejam mata tak pergi bahagian novel pun, terus saya ke belakang cari crepe paper. 
Sebab apa?
Sebab saya teringinnnnnn nak buat Bunga Tisu.
Tapi, tapi, tapi...
Saya tak tau langsung.
Saya dah tengok mereka yang DIY & blog2 yang jual bunga tisu untuk dijadikan bunga telur. 
Huiii.. Lawa pulakk..
Geram!
Saya nak letak bunga tisu kat hantaran. Mula2 ingat nak pakai fresh flower, tapi fikir2 balik, saya takut ambik risiko. Saya tak pandai kerja last minit. Nak2 kalau pakai fresh flower, malam or pagi2 hari kejadian tu baru boleh buat, baru nampak cantik. Hmmm... 

Sapa sudi ajar saya buat bunga tisu??? 
:(


Hiasan Hantaran? Okey kan

Bunga Telur. Menangis tengok okey~
Ni untuk flower girl yang comel2 tu pun cantik.
Ala..nak la untuk HB.
nanges lagi sekali~
Semua ni saya dapat di Seni Qanasuri.
Korang semua pun boleh ke sini. 
Macam2 ada! :p

Kesimpulannya kat sini, saya nak sangat belajar buat bunga tisu.
Saya rasa saya aje kut B2B yang takde bakat DIY.
Sedih.
Nanges jap!

4 comments:

Aznor Ibrahim said...

dear..senang jek lah wat bunga tisu..cuba google..tgn nur yg keras pon leh wat taw :)

Cik Nasha Nadya said...

yeke..
dah try google..
x yakin nak buat..
tp nnt sy try n kongsikan kat sini kalau jadi..hihihi..
thanks ya..

puteriraifana said...

kat blog put ada tutorial buat bunga tisu dear! hee. buatlah

Cik Nasha Nadya said...

yeke?
nnt sy tgk.. tp yg review pelamin put dh tgk.. cantiklahh ada bunga tisu tu..